Intermittent fasting menjadi sesuatu yang popular sekarang untuk orang yang nak turunkan berat badan, tapi tahukah anda intermittent fasting ni ada beberapa jenis. Dan ada juga jenis intermittent fasting yang terbaik dan paling sesuai untuk wanita berusia 40-an.
Berpuasa mungkin sesuatu yang sukar, kalau awak cakap pada diri awak “Saya tak boleh lakukannya,” saya nak yakinkan awak bahawa awak boleh dan sebenarnya sedang berbuat demikian.
Masa tidur memang tak makan kan?

Apakah Intermittent Fasting?
Intermittent fasting ialah bila anda tidak makan untuk satu masa tertentu. Maknanya awak mengurangkan pengambilan kalori dalam masa tertentu. Ini bergantung kepada jenis intermittent fasting yang awak pilih.
Jenis Intermittent Fasting Terbaik Untuk Wanita Berusia 40-an
1.Cara 16/8
16 ialah berpuasa selama 16 jam dan 8 jam ialah waktu anda makan. Caranya macam ni, anda dah dapat separuh daripada 16 jam kalau tidur cukup 8 jam. Jadinya, lepas bangun tidur boleh pilih sama ada nak teruskan berpuasa atau berhenti dan makan selepas 8 jam sebelum masuk tidur balik.
Kalau boleh ikut jadual yang sama.
2. Berpuasa selang sehari
Ini bukan berpuasa macam orang Islam tapi sehari tak makan makanan berat, tapi ada yang hanya ambil 500 kalori sahaja pada hari berpuasa.
Ada kajian mengatakan bahawa berpuasa selang sehari ni berkesan bukan saja untuk turunkan berat badan tapi juga bermanfaat kepada kesihatan. Tapi tidak mudah untuk bertahan sehari tanpa makanan jadinya puasa jenis ini lebih mencabar dan mungkin tidak sesuai untuk orang yang ada penyakit.
3. Diet 5:2
Diet jenis ini tak perlukan anda berpuasa sepenuhnya. 5 tu maksudnya 5 hari makan secara biasa dan 2 hari kurankan kalori sebanyak 25%. Maknanya kalau biasa anda makan 2000 kalori setiap hari, pada hari berpuasa anda cuma boleh makan 500 kalori sahaja.
Tiada pantang kepada makanan jadinya diet jenis ini lebih mudah diikuti.
Mana 1 Pilihan Anda?
Anda boleh pilih mana 1 yang anda suka dan sesuai dengan anda, tapi yang penting bila dah mulakan buatlah dengan konsisten untuk dapatkan hasil yang anda inginkan.
Stay healthy, stay happy.