Anda pernah dengar orang sihat makan ubat? Ya, ubat. Bukan vitamin.
Ada… pil perancang. Bukankah yang makan pil perancang tu antaranya ialah wanita-wanita yang sihat? Anda boleh makan sebanyak mana pun buah, sayur, amalkan makanan sihat tapi mungkin tak cukup untuk mencapai kesihatan optimum kerana pengambilan pil perancang ni.
Salah 1 kesan sampingan pil perancang yang langsung tak dibincangkan ialah keupayaannya menyebabkan kekurangan zat makanan. Antaranya ialah vitamin C, vitamin B12, vitamin B6, magnesium, asid folik dan zink. Dalam dunia yang banyak penyakit dan sistem imun makin lemah, adakah patut wanita memandang sebelah mata pada kesan sampingan ni?
Perbincangan tentang isu ini bukanlah sesuatu yang baru, malah sejak tahun 70-an lagi. Menurut Dr Charis Chambers, seorang pakar sakit puan vitamin B sangat diperlukan oleh wanita dalam usia yang boleh mengandung kerana vitamin B bukan sahaja bantu mencegah anemia tapi juga diperlukan untuk perkembangan bayi yang normal. So, sebelum mengandung, ibu kena ada cukup vitamin B termasuk lah asid folik.
Beberapa vitamin yang sangat diperlukan oleh badan kita seperti vitamin C yang dikurangkan oleh pil perancang – contohnya vitamin C boleh meningkatkan tekanan oksidatif dalam badan dan berpotensi merosakkan sel. Terutamanya jika wanita itu berterusan ambil pil perancang selama bertahun- tahun malah ada 10 tahun lamanya.
Kenapa pil perancang boleh memberi kesan kepada nutrisi ini? Menurut Dr Jolene Brighten, seorang pakar nutrisi dan ahli kimia dan pakar naturopatik dalam bukunya Beyond The Pill. Pil perancang memberi kesan kepada banyak proses dalam badan, termasuklah fungsi hati dan proses di perut dan usus.

Jadi, Pil Perancang Bahaya Kah?
Ramai orang salah sangka dengan isu merancang keluarga. Kata mereka wanita perlu makan pil supaya tak beranak ramai. Bukan begitu, merancang keluarga ni perlu sebenarnya dari sudut kesihatan seorang wanita dan juga ekonomi keluarga.
Dan kaedah merancang keluarga ni bukan ada pil saja. Ada banyak kaedah lain. Sebaiknya anda bincang dulu dengan doktor atau nurse berapa lama anda tak mahu melahirkan anak dan kaedah yang sesuai untuk anda.
Vitamin Yang Paling Terjejas Dengan Pengambilan Pil Perancang Keluarga
Menurut pakar, banyak vitamin yang boleh terjejas dengan pengambilan pil perancang. Ini termasuk vitamin B termasuk B2, B6, B12, folate, vitamin C, vitamin E, selenium, magnesium dan zink.
Anda boleh lihat tanda-tanda di bawah, iaitu tanda-tanda biasa bila badan kekurangan vitamin dan mineral.
- Folate/ asid folik – Keletihan, anemia, lemah badan
- Vitamin B2 – anemia, kelesuan, kulit kering
- Vitamin B6 – masalah saraf (kebas/semut-semut), fikiran bercelaru, tekanan emosi
- Vitamin B12 – kelesuan, masalah saraf, lemah badan
- Vitamin C – kulit kering, sistem imun lemah
- Vitamin E – Masalah kulit, sistem imun lemah
- Magnesium – kejang otot, kelesuan, sakit otot
- Zink – Siatem imun lemah, masalah kulit dan kuku
- Selenium – Masalah hormon tiroid, kulit kering, keletihan
Namun begitu, tak semestinya hanya pil perancang menyebabkan anda kekurangan zat makanan sebab ada banyak faktor lain lagi yang menyebabkan kekurangan nutrisi sekaligus meningkatkan risiko penyakit kronik atau penyakit metabolik.
3 Cara Elakkan Kekurangan Vitamin Bila Anda Makan Pil Perancang
Walaupun banyak kaedah merancang keluarga yang lain, namun ramai wanita yang lebih senang memilih pil perancang sahaja atas sebab tersendiri. Walaupun pil perancang mungkin boeh mengurangkan zat dan mineral dalam badan anda, tapi dah tentu ada cara untuk mengawal situasi ini.
1. Makanan yang sihat dan seimbang
Makanan sihat dan seimbang diperlukan untuk melengkapkan keperluan nutrisi harian. Orang yang tidak cukup zat dan nutrisi harian sangat berisiko untuk mengalwami masalah kekurangan nutrisi semasa makan pil perancang.
Makanan seimbang yang paling senang untuk diamalkan ialah suku-suku separuh. Iaitu, dalam 1 pinggan hidangan mengandungi separuh sayur dan buah, suku nasi dan suku lauk.
2. Pilih makanan yang sarat dengan nutrisi
Antara makanan yang kaya dengan nutrisi yang boleh diambil ialah sayuran hijau, telur, kekacang, asid lemak baik dan daging.
3. Dapatkan suppplements
Dalam kehidupan kita zaman sekarang, memang agak sukar untuk dapatkan bekalan zat makan. Untuk orang yang makan pil perancang, pengambilan supplement boleh membantu memenuhi lompong-lompong kekurangan nutrisi itu. Ada juga pakar yang mengatakan bahawa

Supplements Shaklee ialah supplements terbaik Malaysia kerana produk Shaklee merupakan satu-satunya syarikat makanan tambahan yang mempunyai kajian yang membuktikan produk ini selamat untuk jangka masa panjang.
Jika anda makan pil perancang dan berminat untuk dapatkan supplement ini, anda boleh hubungi saya untuk info lanjut sebab saya akan terangkan secara personal dan sesuai dengan situasi anda.
Boleh hubungi saya – Fyda di 012 621 1883, atau wasap www.wasap.my/60126211883/vitaminuntukwanta