menu sihat

Idea Menu Sahur Sihat Bantu Kempiskan Perut Sebelum Raya

Bulan Ramadan adalah bulan mulia dan penuh berkah. Semua orang mungkin tahu ibadah puasa selain dari menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam, puasa juga mampu menyihatkan badan. Namun, kenapa ramai yang masih tak dapat mengekalkan tahap kesihatan walaupun sudah berpuasa selama sebulan.

Anda ada perhatikan apa yang anda makan waktu bersahur? Apa yang anda makan waktu berbuka? Jujurlah, saya sendiri pun tergoda dengan macam-macam jenis makanan di bazar Ramadan. Bila tak habis waktu berbuka, sambung pula untuk sahur. Adakah yang kita makan tu sihat untuk menyokong puasa sepanjang hari.

Ada juga orang yang tak sahur sebab nak kena masak makanan berat-berat, ada juga yang tak selera makan waktu pagi. Tapi, tahukah anda menu sahur yang sihat boleh membantu badan kita bertenaga pada waktu siang dan sahur sihat ini boleh membantu untuk kekalkan kesihatan semasa berpuasa.

Apa kata sempena bulan puasa ni kita ubah sikit menu kita kena menu sahur sihat. Saya kongsikan 4 menu sahur yang boleh diamalkan untuk kempiskan perut bila menjelang hari raya.

Two woman in the kitchen – one slim, one fat – healthy eating – girl friends have fun

Menu Sahur 1

Kepada peminat oat, yang tiada masa nak masak, sebelum tidur kita boleh sediakan dulu:

1. 3 sudu besar membukit rolled oat (ikut selera la. Banyak sangat kang tak habis pula)

2. 1 kotak kecil susu segar

3. Masukkan oat, susu, 2 biji kurma dan buah-buah lain (contoh strawberi, ceri atau apa-apa lah)

4. Simpan dalam peti ais, esok bangun pagi boleh makan

Menu Sahur 2

Untuk mereka yang bujang dan bangun sahur lagi 10 minit nak imsak

1. 2 keping roti bersama selapis peanut butter

2. 2 biji Kurma

3. Minuman tinggi protein

Menu Sahur 3

Ini untuk mereka yang tiada blender, dan bangun 5 minit lagi nak imsak.

1. 2 keping biskut krim crackers

2. 1 biji epal

3. 2 biji kurma

4. 1 susu kotak kecil susu rendah lemak

5. Minuman tinggi protein

Menu sahur 4

Ini pula untuk mereka yang nak juga makan nasi.

1. Segenggam Nasi

2. Ayam bakar

3. Salad

4. Minuman tinggi protien

5. Kurma

Set Sahur Saya Amalkan

Sejak berkenalan dengan Set Sahur Shaklee, kerja sahur saya jadi lagi mudah. Cuma shake-shake sahaja, tapi boleh kenyang lebih lama dan kekal cergas sampai berbuka.

Nak tau apa? Nanti saya cerita kan yaa

#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #projekblogmega

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *