Meningkatkan jualan dengan blog

Kembalikan Kegemilangan Blog

Bila super super upline buka kumpulan untuk projek blog mega, jantung pun rasa berdebar. Beberapa tahun dulu, blog ialah sebahagian daripada rutin harian saya. 

Bila menulis blog, saya suka kongsi topik kesihatan dan tentang penyakit. Saya suka menulis fakta tapi saya nak pembaca betul-betul faham. Jadinya, saya cuba tulis dengan gaya santai walaupun kadang-kadang punyalah susah nak translate medical term ke Bahasa Melayu. Hentam saja lah labu.

Tapi, dah lama saya tak menulis di blog sebabnya blog saya tu ada masalah teknikal dan tak dapat dibuka. Sedihnya bukan kepalang. Blog yang saya usahakan bertahun-tahun terpaksa dilepaskan begitu sahaja. 

Dari blog itulah saya menjana banyak jualan.

Bila ada peluang nak menulis balik, saya dalam dilema. Mampu kah aku mulakan balik lepas dah lama tinggalkan?

Tapi, seperti yang selalu dipesan oleh mentor saya,

“Bila datang peluang, sambar dulu. Apa nak kena buat tu belakang kira..”

Memilih Atau Dipilih

Beruntung sangat dipilih untuk bersama-sama dengan kumpulan yang sangat hebat ini. 

Dengan menyertai #blogmegashaklee 1.0, saya dapat kenal dengan orang baru, yang bukan dalam kumpulan upline saya sebab mereka kan daripada super super upline.

Mula-mula nak menulis tu, menghadap saja laptop. Dari mana nak mula, nak mula dengan apa. Aduh, bingung sekejap! Tapi, sebab ada dateline dia terpaksa juga paksa diri untuk buat. Entah dari mana dapat idea menulis.

Walaupun ini adalah contest, tapi pihak penganjur sangat membantu. Siap berkongsi idea sesama peserta lagi. 

Bila buat kerja berjemaah macam ni, barulah semangat tu mula datang. Betul la, kambing yang sendirian itu akan jadi mangsa serigala. 

Berkongsi ilmu, berkongsi maklumat saya jadikan sebagai salah 1 tujuan hidup saya. Sebab tu nak join lagi #blogmegashaklee 2.0.

Semoga saya dapat istiqamah dalam menuntut ilmu dan berkongsi. Semoga tulisan saya ni memberi manfaat kepada anda yang membaca dan manfaat kepada saya sendiri bila dah tiada di dunia nanti. 

Kalau ada apa-apa info kesihatan atau penyakit yang anda nak tahu, silakan. In sha Allah apa ilmu yang saya ada, saya kongsikan.

Kita semua perlu mengaku bahawa ekonomi pada 2023 ini sangat mencabar dan sebenarnya tak ada masa pun tidak mencabar. Jika anda berminat nak tahu lebih kanjut tentang bisnes Shaklee, boleh hubungi saya di 012 6211883,

Atau Whatsapp : www.wasap.my/60126211883/tanyaFyda

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023


4 Comments

  1. Jom sama-sama kita thrive!

  2. Jom kita mula lagi. Hilang kenangan dalam blog pergi bersama kenangan yang indah-indah. Memang susah untuk menerima tapi kena hadapinya. Jom kita mula lagi.. Kita buktikan kita pun boleh. Caiyok..

    1. Yeayy!! semangat kita

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *