pilih team bisnes yang betul

Meriahnya Sehari Event Fun Day Shaklee

Selepas beberapa tahun kita tak bersosial sangat secara fizikal, sekarang kita rasa lebih bebas walaupun masih kena jaga batasan ya. Sebab kita pun tak mahu kisah hitam Covid berulang, tapi sekarang ni denggi pula makin naik, dan penyakit TB yang entah di mana kesudahannya. Semoga ada sinar untuk kita. Sinar apa? Sinar harapan? Eh, melalut pula ke lain.

Sebenarnya nak cerita pasal 1 event fizikal yang dibuat di branch Shaklee untuk semua orang Malaysia yang berlangsung pada minggu lepas, iaitu Shaklee Fun Day. Kalau dah namanya fun, mesti aktiviti yang seronok sahaja. Yang paling menariknya, tentu banyak offer dan tawaran menarik yang boleh didapatkan pada hari itu.

Cubit Paha Kanan, Paha Kiri Terasa

Sebenarya bukan nak kongsi yang sedih sama dirasa, tapi yang sedih pun jadi gembira tengok orang lain gembira. Bila Shaklee umumkan event ini, saya sedih sangat sebab Shaklee tak buat event ni kat branch Kota Kinabalu. Sedih kan? Maklumlah saya kan Pengedar Shaklee Sabah paling aktif dan dipercayai, tentulah semangat nak join sekali.

Tak apalah, apa boleh buat kan? Takkan nak mengamuk dekat Shaklee. Jadinya, saya kongsikan dengan ahli team di Semenanjung. Sebab fun day ni dibuat di HQ Shaklee di Bandar Sunway, branch Kuala Lumpur di Sunway Velocity, branch Johor di Taman Molek dan branch Kota Bharu di Lundang.

Subhanallah.. kerana 1 hari itu, ramai orang sales naik mencanak. Apa taknya, hari untuk having fun dan bergembira. Apa lagi yang menggembirakan selain daripada dapat harga diskaun dan banyak benda percuma.

Saya kongsi dengan anda gambar sekitar Fun Day itu lah ya.

Ahli team di Johor
Wow, syioknya shopping!
Merchandise Shaklee dapat percuma ni
Air sedap, lagi sedap sebab percuma

Syukurnya Join Shaklee Saat Tak Perlukan Duit Pun

Masa saya pilih untuk buat bisnes Shaklee, bukanlah sebab masalah kewangan. Walaupun memang lah ada hutang kereta, hutang rumah tapi masih mampulah bayar dengan gaji bulanan. Tapi, sebab saya seronok berkongsi tentang supplements terbaik, bantu orang untuk lebih sihat dan bantu orang yang nak tambah income.

Seronok…

Bila ada duit lebih, macam-macam kita boleh buat. Boleh infak lebih, boleh bantu orang memerlukan tanpa fikir sindiket ke, menipu ke apa tapi hati-hatilah juga dengan orang menipu. Kalau ketara sangat menipu, janganlah juga diikut.

Tapi, bila dapat bantu orang cari duit sendiri, itulah yang paling manis dalam bisnes ni.

Adakah anda orang yang boleh saya bantu untuk dapat extra income?

Saya sedia bantu anda, dengan segala apa yang saya ada. Anda hanya perlu hubungi saya dan saya akan terangkan kepada anda bagaimana saya buat bisnes ni walaupun masih bekerja.

Fyda Noh.

www.wasap.my/60126211883/ireachbiz

Pengedar Shaklee Sabah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *