Disahkan Endometriosis Selepas Makan Produk Shaklee

Shaklee ni ada kesan sampingan tak?

Itulah soalan yang biasa ditanya oleh orang yang baru mula-mula nak makan vitamin Shaklee. Saya faham, bila kita nampak pil, tablet atau kapsul dah tentu dalam fikiran terbayangkan ubat-ubat di hospital. Betul, setiap ubat untuk merawat penyakit tu ada kesan sampingannya. Tapi, vitamin Shaklee ni langsung tak sama.

Yang pertama, vitamin Shaklee dibuat daripada bahan semulajadi dan diproses secara semulajadi tanpa bahan kimia. Untuk pengetahuan, Shaklee sangat menjaga kualiti produknya, yang mana Shaklee buat produk daripada bahan mentah yang organik, bebas daripada bahan kimia termasuklah racun rumpai dan racun serangga. Shaklee menyaring bahan mentah ni lebih daripada 300 kali untuk pastikan benar-benar tak ada bahan kimia yang berbahaya kepada pengguna.

Sebab tu, produk Shaklee ni dah lebih 100 tahun di pasaran dan dah lebih 100 tahun memberi manfaat kepada orang ramai.

Tapi, ni apa cerita pula lepas makan produk Shaklee disahkan menghidap endometriosis pula? Konfuse laa.

Takpe, anda baca dulu perkongsian ini. Ini kisah benar tau, memang benar-benar terjadi kepada salah seorang pengguna Shaklee. Nanti saya akan terangkan selepas anda dah habis baca perkongsian ini.

Dari zaman sekolah lagi mama saya dah paksa untuk makan supplement, paling tidak Vitamin C atau pun kalau mama rajin dia blend pegaga buat jus dan carrot juice. Dulu waktu sekolah rendah, jus pegaga dengan lobak memang waktu paling ngeri. Bila time sekolah, mama memang dah galakkan untuk amalkan supplement, sebab mama kata kalau asik sakit macamana nak study. So memang tiap-tiap pagi and malam mama bagi Vitamin C, time tu tak tahulah brand apa yang mama bagi, tak cukup dengan Vitamin C, tambah pula dengan Scot Elmusion lah, Examo la, macama-macam supplement. Time tu tak fikir rosak buah pinggang ke apa ke, sebab Alhamdulillah mama sihat je.

Masuk sekolah menengah, sinus makin teruk. Dengan jerawat penuh kat muka, tak campur belakang badan. Tiap-tiap hari pergi sekolah mesti bawak sekotak tisu sebab tak nak hingus dok meleleh dari pagi subuh datang sekolah sampai habis waktu sekolah. Rasanya masa tu dah tak berapa nak makan vitamin, tak tahu kenapa sebab dah besar kot rasa tak perlu vitamin kot. Bila sekolah menengah banyak join softball, hoki la, kulit memang gelap jangan cakap. Lepas SPM, saya memang stop makan vitamin. Yela masa tu pun mungkin kewangan mama abah tak seberapa, jadi cuma minum jus pegaga, dan macam-macam lagi.

Masuk diploma, masa tu dah pandai sikit, nak cantik lah, nak hilang kan jerawat penuh kat muka, nak putih la, terus pergi farmasi, beli EPO. Tak tahu supplement yang lain selain EPO dan Vitamin C. Sebab waktu tu EPO memang glamour dekat UiTM. Semua pakat beli EPO berbotol-botol. Walaupun tau tak habis tapi tetapp nak beli juga pakai duit PTPTN hahahha. So makan EPO memang sampai degree. Time tu macam ada la perubahan dari segi kulit. Walaupun takde la flawless bebenor cuma beza la nak banding dengan kulit zaman sekolah kan. Tapi sinus tetapp ada. Pelik.

Tahun 2008, zaman mula-mula kerja. Time tu gaji tak berapa nak besar. Beli supplement pun memang beli yang biasa-biasa selain maintain EPO dan vitamin c pun beli blackmores. Makan memang selang seli la, sebab gaji tak besar hahah takut tak boleh maintain sebab sebotol cuma tahan sebulan je. Makan supplement waktu kerja dulu on-off je, tapi makin lama rasanya makin penting pula supplement sebab waktu tu kerap travel. Seminggu sampai 3-4 kali travel tak campur lagi dengan monthly activity, diving. Memang penat, letih, kulit muka memangg ntah apa-ntah. So bila dah naik gaji memang maintain dengan jenama Blackmores dan Kordel’s je. Lama jugalah makan 2 jenama tu sampai hujung tahun 2013, dari EPO sampai ke vitamin-vitamin yang lain. Alhamdulillah, sinus dah kurang, tapi jerawat belakang badan tak hilang-hilang dan kulit muka kusam, takde seri. Stressnyaa lahaii.

Awal tahun 2014, baru start buat balik Facebook. Setelah takde Facebook lebih kurang bertahun-tahun juga. Waktu tu add semua kawan-kawan sekolah termasuk Zura. Time tu tengok je dia banyak post pasal Vivix and Shaklee. Takde rasa langsung nak cuba atau nak buat business dengan Shaklee. Sebab masa tu still makan lagi Blackmores dengan Kordel’s. Sampai 1 masa, rasa macam nak cuba Vivix. Terus message Zura cakap nak Vivix sebotol. Time tu takde rasa nak consume pun cuma rasa nak beli. Walaupun dengar harga nya matilanak. Takpelah beli je. Bila dah sampai, lama juga tersimpan dalam fridge, termasuk la starter kit, sorok dalam almari.

Hari-hari bukak fridge, sampai 1 masa lepas sebulan simpan vivix dalam tu, terus rasa nak try. Tengok vivix kemain likat pekat, jadi takut nak makan hahahha. Tapi takpelah, so telan je. MashaAllah rasanya sedap gila. Sebab harganya mahal, so makan pun selang seli hahahha. Jimat! Lepas dah habis sebotol, baru perasan sinus terus takde, dan paling best jerawat belakang badan dengan bekas jerawat terus hilang. BERSIH. Kulit pun jadi macam glowing-glowing gitu and pinkish!! Menarik betul kesan makan sebotol vivix. Then lepas tu, stop makan Blackmores dan Kordel’s. Pi message Zura nak try Lecithin, Vitamin C, BComplex. Lepas konsisten makan Vitamin C, Lecithin dan BComplex, memang nampak banyak beza, Alhamdulillah dari segi kesihatan, dah jarang demam, selsema, and bengkak gusi. Kalau tak dulu sebulan sekali mesti kena bengkak gusi kalau panas dalam. Kulit muka jangan cerita memang lembut je. Rambut dah kurang gugur, kelemumur pun hilang. MashaAllah, memang best betul kesannya.

Lepas dah yakin dengan Shaklee, saya tambah pula dengan Omega, Alfalfa, ESP, HerbLax, Performance Drink, CoQ Trol Plus, Ostematrix, Zinc, Peppermint Plus, Garlic Complex. Memang setiap bulan nampak sangat perbezaan lepas konsisten makan semua tu, dah jarang kena sakit kepala, Alhamdulillah demam pun dah jarang paling tidak setahun sekali je, selsema pagi-pagi dah takde. Suami pun memang perasan sinus dia dah hilang sekali dengan jerawat belakang badan dia. Yang paling best, supplement Shaklee ni memang jimat. Kalau orang kata harga mahal, tapi sebagai contoh sebotol Vitamin C boleh tahan sehingga 6 bulan. So saya dah jimat setiap bulan untuk beli Vitamin C. Jimat kan.

Tahun 2017, saya disahkah ada Endometriosis. Time tu macam confused adakah sebab makan supplement tiba-tiba dapat Endo. Terus refer pada Gynea, and explain pada Dr yang saya consumed Shaklee. Surprisingly, Dr cakap, takpe, supplement bukan penyebab kepada jadinya Endometriosis so boleh je maintain makan supplement beside katanya, perempuan memang digalakkan amalkan supplement especially Omega, Bcomplex. Time tu legaa bila dengar Dr cakap macam tu. So balik rumah, buat research pasal Endometriosis ni and tiba-tiba tergerak nak bukak starter kit hahaha walaupun 3 tahun dok terperap dalam almari. Bila baca pasal produk, nampak GLA and terus google kebaikkan GLA. Bila dah tau kebaikkan GLA, terus order dengan Zura and maintain makan GLA sampai sekarang. Alhamdulillah membantu betul dalam memperbaiki cycle period dan menghilangkan period pain. Kalau tak, waktu awal kena endo, period pain boleh buat saya sampai pitam, muntah-muntah, tak boleh bangun, memang kena mc. Alhamdulillah bersyukur sangat bila pergi checkup Dr kata size mengecil, so tak perlu buat laparoscopy. So maintain je makan semua supplement yang saya beli termasuk GLA.

Alhamdulillah setakat ni takde masalah dalam consumed Shaklee. Husband pun seronok je dapat makan sekali. Tahun 2019, saya decide untuk berhenti kerja since banyak sangat hal politik kat office. So saya message Zura to informed her nak buat Shaklee full time since banyak dah kesan yang saya dapat dari consumed Shaklee. At first memang challenging juga since tak banyak knowledge pasal Shaklee. So January 2019, Zura ajak join MCC2.0. So lepas je join, Alhamdulillah it helps me a lot. Banyak benda dapat ubah, mindset, attitude. Yelah dulu kerja makan gaji, attitude lain sebab tahu every months memang akan ada income masuk, tapi bila dah berhenti, I need to work hard macamana kerja makan gaji macam tu juga dengan buat Shaklee but extra hardwork. Lepas satu kelas, ke satu kelas yang dianjurkan saya pergi, sebab untuk tambah knowledge. Tanak nanti bila orang tanya tak boleh jawab, kata makan Shaklee tapi takde info pasal produk.

And today, saya happy dengan kesan Shaklee, dan happy dengan apa yang saya buat, walaupun kadang-kadang rasa nak give up tapi saya fikir balik, kenapa saya berhenti kerja kalau baru sedikit ujian yang datang saya nak give up.

Pesakit endometriosis perlukan antioksida dan antiradang

Tahniah sebab dah habis baca. Anda nampak yang saya dah bold kan?

Alhamdulillah, kakak ni jumpa dengan doktor yang faham tentang nutrisi dan bidang wellness care. Sebab ramai doktor yang tak faham. Dorang pun pukul rata vitamin ni sama dengan ubat. Tapi, vitamin jenama lain saya tak tahu. Saya cuma tahu produk Shaklee sahaja.

Untuk kes endometriosis tadi, sebenarnya wanita ini memang dah ada endometriosis tapi belum dapan dikesan kerana mungkin belum ada gejala apa-apa. Bila dia dah makan vitamin Shaklee, proses pemulihan akan berlaku dan mungkin barulah gejalanya akan muncul. Sebab endometriosis ni ialah penyakit kronik dan mengambil masa yang lama untuk terjadi, bukannya 2-3 hari sahaja.

Jangan panik jika lepas anda makan vitamin Shaklee dan dapat kesan yang tidak bagus pada peringkat awal sebab itu petanda vitamin sedang bertindak dan sedang membaikpulih sel-sel yang rosak.

Anda boleh baca di sini tentang supplements cadangan untuk masalah endometriosis. Tapi, harus ingat, produk Shaklee bukan untuk merawat, menyembuhkan atau mendiagnos penyakit.

Harap Dapat Bantu Wanita Endometriosis Untuk Hidup Lebih Sihat

Walaupun saya tak ada penyakit endometriosis tapi saya sangat faham kesakitan yang dialami. Sebab ada pesakit saya memang setiap bulan akan datang klinik untuk minta MC.

Mungkin anda jumpa blog fydanoh ni sebab Allah lorongkan jalan untuk bantu anda untuk hidup lebih sihat dan kurangkan kesakitan endometriosis. Mungkin ini ialah peluang untuk ikhtiar untuk kesihatan anda.

Hubungi saya sekarang dan saya akan guide supplements terbaik untuk membantu anda.

HUBUNGI SAYA SEKARANG, SAYA GUIDE ANDA

Wasap : Fyda Noh wasap

Fb: Fyda Noh

TIKTOK: https://www.tiktok.com/@fydanoh

Coach Hormon Wanita

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG  DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI

“Berminat join komuniti kami yang menjana pendapatan 3-4-5-6 angka sebulan? Berdaftarlah sebagai ahli Shaklee dan anda mampu menjana pendapatan lumaatan dan nikmati faedah lain dengan hanya RM35.

Pengedar seluruh negara dialu-alukan untuk bersama group ekslusif kami dan berjaya bersama team iReach

#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #projekblogmega #bloggingnextlevel

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *