bisnes paling laku

Idea Bisnes Online Modal Rendah Tapi Lumayan

Sebelum terlibat dalam bisnes, saya memang tak boleh bayangkan diri saya buat bisnes. Sebab memang tak pernah. Saya bayangkan bisnes itu mestilah ada kedai, syarikat besar, Megah Holding. Nampak sangat terpengaruh dengan drama-drama Melayu. Rupanya, bisnes itu hanyalah sekadar ada barang untuk dijual dan ada orang untuk membeli. Yang lebih memudahkan situasi ni ialah bisnes boleh dibuat secara bisnes online.

Kalau awak rasa sibuk sangat dengan aktiviti harian, sampai takda masa nak buat bisnes, sebenarnya inilah peluang awak. Sebab bisnes ni sangat mudah dan sesuai untuk orang sibuk. Kenapa saya cakap mudah?

1. Modal untuk mulakan perniagaan hanya RM35, atau anda boleh mulakan dengan percuma.

2. Tak perlu buka kedai

3. Tak perlu pegang stok

4. Tak perlu upah pekerja

5. Tak perlu beratur poskan barang

Semuanya boleh diuruskan oleh HQ. Cuma kelebihan untuk orang yang ada sikit stok, kalau ada orang dekat-dekat nak barang, boleh terus bagi dan kalau stok di HQ dah habis, anda akan jadi sumber pembekal stok yang dah habis tu.

Jom Mulakan Bisnes Online Anda Sendiri Hari Ini

Sebelum memulakan bisnes Shaklee, saya tak pernah buat bisnes lain dengan serius. Ramai dikalangan ahli team yang pernah buat bisnes lain memang sangat bersyukur ditemukan dengan Shaklee. Berbeza sangat kata mereka antara bisnes Shaklee dengan bisnes yang pernah dibuat dulu.

Apakah kelebihan bisnes online Shaklee?

Bila dah daftar sebagai ahli Shaklee, awak diberi keistimewaan untuk mengedarkan produk yang berkualiti tinggi :

  • Nutrisi tambahan yang dibuktikan berkesan dan selamat melalui kajian klinikal dan produk dah berusia lebih 100 tahun.
  • Pembersih rumah, pembersih pakaian dan pembersih pinggan yang pekat dan mesra alam.
  • Produk penjagaan kulit yang terbukti secara klinikal untuk kulit yang lebih muda.

Sistem bisnes Shaklee ialah jualan langsung tulen, yang mana awak akan dapat konsultasi mengenai produk dan bisnes secara langsung dan face-to-face.

  • Kos minima untuk mulakan bisnes online ni hanya RM35, jadi risiko perniagaan ini sangat rendah.
  • Shaklee mempunyai rekod pencapaian lebih 60 tahun dalam perniagaan dan lebih daripada 100 tahun inovasi dalam produk pemakanan.
  • Shaklee menyediakan peluang latihan dan pembelajaran untuk mulakan perniagaan dan membantu awak kembangkan lagi perniagaan awak.
  • Shaklee menawarkan pelan pampasan yang mewah – tidak mengehadkan ganjaran yang anda boleh dapat. Bergantung kepada usaha awak sendiri. Setiap titik peluh, setiap susah payah tak sia-sia.
  • Awak ialah founder kepada bisnes ni. Bukan sekadar jual produk orang, tapi memang menguruskan bisnes sendiri.
  • Shaklee bawa travel setiap tahun – trip regional, trip antarabangsa dan umrah.
  • Perniagaan Shaklee anda boleh diwariskan kepada anak-anak.

Nampak tak bonus kat situ? Jom saya bimbing awak untuk dapatkannya juga.

Jom Saya Ajar Cara Mudah Jana Income Dengan Bisnes Online Shaklee

Shaklee bagi peluang untuk menjana income yang lumayan dari rumah je tau. Betul, saya pun buat dari rumah saja. Memang utama saya ialah bisnes online. Kalau awak memang selalu online, rugi sangat tak gunakan masa tu untuk dapatkan duit. Tak perlu masa yang banyak pun, dalam 1-2 jam sehari cukuplah untuk fokus pada bisnes.

In sha Allah yang ada kerja hakiki pun sempat buat. Yang ada family, in sha Allah keluarga tak terabai. Kadang-kadang tak buat bisnes pun, boleh je main handphone berjam-jam. Ini kan pula, mengadap handphone tapi dapat duit.

Apa yang saya buat dengan konsisten untuk kembangkan bisnes saya:

1. Menulis blog.

2. Video tiktok

3. Update di Facebook, IG, whatsapp status

4. PM prospek/customers

5. Berkongsi info kepada anak-anak bisnes dan anak makan sendiri.

Wah, rajinnyaa.. memang kena rajin wakk.. terseksa kita dengan ekonomi sekarang.

Nak kongsi apa?

Benda-benda untuk berkongsi atau update di media sosial ni tak perlu risau pun memang material untuk dikongsikan tu dah disediakan, tinggal kita kongsi saja. Kalau awak pandai buat poster, awak pun boleh berkongsi dalam kumpulan sokongan ni. Semoga perkongsian ini dibalas oleh Allah dengan rezeki melimpah ruah.

Pendek kata, kami saling berkongsi. Tak ada yang kedekut ilmu sebab rezeki tu milik masing-masing. Tak perlu risau pasal rezeki. In sha Allah kalau kita usaha dan selalu bantu orang, rezeki melimpah ruah.

Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Online Shaklee?

Tentu anda dah tak sabarkan nak mulakan bisnes online dengan Shaklee? Bagus, semangat itu yang kita mahu.

Ada 2 cara untuk join ahli Shaklee:

1. Daftar ahli Shaklee percuma

Dengan pembelian produk kurang lebih RM400+, anda layak dapat keahlian percuma. Tak payah bayar yuran ahli

2. Daftar dengan yuran keahlian

Awak boleh daftar dengan hanya RM35 sahaja, tapi kalau beli produk tak sampai RM400+, awak boleh bayar yuran ahli dan dapat produk dengan harga ahli terus. Menarik kan? Tapi lagi best dapat keahlian percuma. Jimat harga ahli

Selepas join ahli, awak akan dapat ID sendiri dan boleh masuk ke website Shaklee. Kat sana, ada banyak sangat info-info tentang kesihatan, info produk dan segala kajian yang Shaklee jalankan.

Boleh klik link ini ya : www.shaklee.com.my. Kalau ada apa-apa soalan atau perlukan guide, boleh klik link wasap saya ni : AskFyda.

Antara soalan yang orang kerap tanya juga lepas jadi ahli ialah, keahlian ni ada expired tak? Tempoh keahlian Shaklee ni ialah setahun, bermula dari tarikh daftar ahli hingga tarikh lahir tahun seterusnya. Nak aktifkan balik senang je, beli apa-apa produk dalam tempoh 3 bulan sebulan tarikh hari lahir tu. Kalau awak memang consume Shaklee secara konsisten, memang tak ada masalah pun.

Ganjaran-Ganjaran Yang Shaklee Tawarkan

Awak tau tak, masa saya mula-mula join Shaklee dulu, kesian sangat sebab saya tak ambil tahu ganjaran yang Shaklee tawarkan. Terlampau seronok la berkongsi, masa tu tahu nak capai pangkat pertama je, sebab nak dapat income 4 angka. Lucu bila ingat balik.

Rupanya banyak sangat bonus yang Shaklee tawarkan dan kena ambil tahu supaya kita boleh plan bagus-bagus. Awak tak perlu risau ok. Saya akan explain satu-satu bonus yang Shaklee tawarkan dan macammana nak dapatkan bonus tu.

1. Diskaun 20-30% untuk setiap produk

2. Personal bonus bermula daripada 5%-21%. Lagi banyak awak berkongsi, lagi banyak bonus awak dapat.

3. Bonus kepimpinan sehingga 21%

4. Bonus kereta yang dibayar secara cash. Terpulang nak guna untuk apa

5. 2 trip setiap tahun. Regional trip di kawasan Asia dan trip antarabangsa ke tempat lebih jauh. Shaklee juga taja buat umrah. Bestnya umrah 6 bintang.

Saya Tak Sabar Nak Bekerjasama Dengan Awak

Yang buatkan saya bersyukur sangat join Shaklee ialah daripada nak fokus kepada nak duit, duit, duit fokus saya lari kepada nak beri manfaat kepada orang ramai. Walaupun lambat nak naik pangkat, lambat nak dapat income banyak tapi kita akan naik dan maju dengan menaikkan orang lain.

Dalam team saya iaitu team iReach ramai sangat orang-orang berjaya yang sikit pun tak kedekut nak kongsi ilmu dan saling menyokong satu sama lain. Memang meriah sangat.

Bila masa awak perlu mulakan bisnes? Bila awak tak perlukannya, iaitu sekarang.

Hubungi Fyda sekarang, saya akan brief tentang bisnes online terbaik ni- 012 621 1883, atau klik link di bawah :

Saya nak daftar ahli Shaklee

#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #projekblogmega #bisnesonline #nextlevelblogging

2 Comments

  1. Wahh bestnye bisnes shaklee. Boleh bantu menjana pendapatan isi rumah.

  2. Bestnyaaaa. Tq share ❤️❤️❤️❤️❤️

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *