Makan Produk Untuk Gastrik Rupanya Vitamin Kulit Cantik

Masa zaman di universiti dulu, saya agak culture shock la sebab saya ni budak kampung, lepas SPM terus pergi bandar. Ikut-ikut jelah kawan-kawan. Dengan skincare, dengan mekap sumpah aku tak tahu. Hahaha

Masa tu ada sorang kawan saya yang memang menjaga bab kecantikan ni, tapi dia cakap,

“Kalau produk yang makan macam vitamin tu, aku memang tak. Yang sapu-sapu kat muka ok lah..”

Oh, macam tu eh.. Dari situ saya pun jadi takut untuk makan produk dan untuk skincare tepek kat muka pun saya akan cari yang ada bahan semulajadi. Yang penting say no to vitamin kulit. 

vitamin terbaik

Nasib Baik Makan Sebab Gastrik

Bila saya dah bekerja, memang hidup saya agak huru-hara. Makan tak sempat, rehat tak sempat. Hasilnya kena gastrik yang teruk. Memang kepala sakit sepanjang masa, pening nak berpusing-pusing pun ada. Perut kembung macam ada kincir angin. 

Terpaksa telan ubat tahan sakit, ubat gastrik dah macam minum air. Tapi tak dapat nak MC atau cuti sebab memang tak ada orang dapat ganti, terpaksalah teruskan bekerja macam tu.

Alhamdulillah, ditemukan dengan suplimen Shaklee iaitu Energizing Soy Protein (ESP) walaupun masih skeptikal juga dengan suplimen. Dah keadaan macam tu, tak tahan dan gastrik setiap hari terpaksa juga telan ESP. 

Lepas minum ESP setiap hari, memang ada perubahan. Walaupun tak sempat makan dah kurang gastrik dan rasa boleh kawal stress dan kemarahan dengan baik.

Wahh.. memang ini supplements terbaik lah. 

Rupanya, dalam konsisten minum ESP dan tambah beberapa vitamin lain termasuklah Sustain released vitamin C berlaku perubahan lain pula. Kulit saya yang dulunya kusam dan berminyak jadi kurang dah berkilat. Memang ketara sangat perubahan. Rupanya ESP dan vitamin C ialah vitamin kulit cantik yang sangat berkesan.

Manfaat Energizing Soy Protein kepada kulit

Tiada 1 pun sel dalam badan manusia tidak mendapat manfaat daripada protein. Semua sel, termasuklah sel kulit. Sebab tu ESP ialah yang paling penting dalam vitamin kulit cantik.

Protein diperlukan untuk baikpulih sel-sel rosak. Bila cukup protein, sel kulit baru yang lebih baik dihasilkan. Sebab tu orang yang amalkan ESP ni, memang kulit nampak lembab, nampak berseri dan tidak kusam. 

ESP ni juga membantu orang yang ada masalah jerawat. Orang yang muka breakout teruk pun dapat manfaat daripada ESP ni sebab breakouts ni mungkin disebabkan oleh hormon tak stabil juga. ESP ni juga ada manfaat untuk menstabilkan hormon. Jadi, masalah jerawat, breakouts pun boleh diatasi dengan vitamin cantik.

Begitu juga dengan parut jerawat degil yang susah nak hilang. ESP membantu menghilangkan parut jerawat dengan membina sel kulit yang baik. 

Begitu juga dengan orang yang ada jeragat. ESP membantu mencerahkan kulit. Kulit kusam pun jadi berseri dan glowing.

Ada lagi 1 vitamin kulit cantik yang sangat disukai oleh ramai wanita, iaitu vitamin C. 

Vitamin C Shaklee Supplements Terbaik Untuk Kulit Berseri-Seri

Vitamin C ni memang ramai yang tahu manfaatnya untuk kuatkan imun dan untuk kecantikan kulit. Namun, anda tahu tak, kulit ialah bahagian paling lambat dapat bekalan zat makanan sebab antara fungsi utama vitamin C ialah untuk menguatkan salur darah. Jadi sebenarnya dos vitamin C yang lebih tinggi diperlukan untuk memberi kesan kepada kulit.

1 biji vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C dan bersifat sustain released. Walaupun dos 1 biji tu agak tinggi, tapi sebab sistem sustain released, vitamin C dibebaskan secara berperingkat, setiap 1 jam. Jadinya, vitamin C sentiasa ada dalam darah dan sedia untuk digunakan bila-bila masa sahaja.

Vitamin C berfungsi untuk meningkatkan penghasilan kolagen dan kolagen ni buat kulit jadi anjal dan tegang. Tak adalah kulit kendur dan berkedut. 

2 Vitamin Paling Basic Untuk Kulit Cantik Mesti Dapatkan Hari Ini

Ramai yang dah rasa kesannya dan sangat berpuas hati walaupun dengan hanya 2 vitamin ini sebab produk Shaklee memang terbukti berkesan dan selamat. Orang-orang yang dah cuba produk Shaklee memang tak tukar yang lain dah.

Yang lagi best, bulan ni Shaklee menawarkan Set Vitamin Cantik ni dengan harga yang anda betul-betul tak boleh tolak. Saya terus-teranglah , 1 tong ESP tu harga ahli ialah RM139, tu harga ahli tau. Tapi bulan ni Shaklee bagi 2 item ni RM99 sahaja. Wow!! Tak boleh kalau tak beli ni.

Anda mungkin ada persoalan lain tentang produk ini kan?

Boleh hubungi saya di 012 621 1883 atau link wasap – www.wasap/60126211883/vitamin cantik dan saya akan terangkan kepada anda secara personal. Yang penting anda dapat khidmat yang terbaik dan anda betul-betul faham kenapa makan vitamin Shaklee ni.

#shakleethrive #shakleetriumph #projekblogmega

3 Comments

  1. Betul, ambil Vitamin shaklee nak satu dapat kelebihan lain sekali. Wahh murahnya set kulit cantik Shaklee bulan ni 😍❤

  2. Wah bestnye vitamin cantik ni. Kena amalkan juga setiap hari ni. Nak cantik juga.

  3. waaa tak sangka kan banyak fungsi. wajib try set ni

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *