Menurunkan berat badan adalah salah 1 cara untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Daripada perspektif kesihatan, mengekalkan berat badan unggul membantu mengurangkan risiko banyak penyakit kronik. Namun zaman sekarang ramai yang nak turunkan berat, nak kuruskan badan untuk tujuan kosmetik. Obses nak nampak cantik. Jadinya, orang dah tak kisah apa cara dan apa produk, asalkan dapat jadi kurus.
Sayangnya, nak turunkan berat ni, nak jadi kurus ni, jika tak menggunakan cara yang betul, bukan saja sia-sia dan membazirkan duit tapi juga membahayakan kesihatan orang itu.
Kesilapan dalam menurunkan berat dan menguruskan badan boleh menyebabkan kekurangan nutrisi dan nutrisi tak seimbang, yang mana mungkin tak dapat juga nak elakkan daripada penyakit. Selain daripada tu, cara yang salah ni boleh menjejaskan sistem imun. Imun jadi lemah dah mungkin tak dapat melindungi diri daripada penyakit.
Sebelum memilih cara nak turunkan berat badan, mari saya tunjuk dulu apa perangkap-perangkap tersembunyi dalam menurunkan berat badan.
Kesilapan Cara Diet Atau Turunkan Berat Badan
1. Cara yang paling popular yang ditawarkan oleh banyak produk di pasaran, iaitu menahan rasa lapar atau mengurangkan rasa lapar.
Haaaa.. anda mesti tak puas hati kan? Baguslah kalau tak rasa lapar. Tak perlu lah makan, senang nak kurus kan? Mari saya cerita kan apa risiko dia.
- Bila kurang makan, atau tak makan langsung, maknanya badan tidak mendapat zat makanan yang secukupnya. Jadinya, nutrisi yang tak seimbang ni akan meningkatkan risiko penyakit. Badan dah kurus, tapi sayangnya bukan dengan cara yang sihat.
- Lepas lama tak makan tu, seseorang tu, mungkin rasa sangat lapar dan rasa nak makan banyak selepas tu. Jadinya, pengambilan kalori tetap sama, dan jadinya susah juga nak turun berat. Cara makan yang macam ni, boleh buat insulin juga tak seimbang dan risiko kerintangan insulin.
- Akhirnya, apa yang kita tak mahu akan berlaku – metabolisme badan jadi lambat, lagi susah nak turunkan berat. Untuk perut pula, sekejap kosong, sekejap penuh mungkin boleh menjejaskan kesihatan perut juga.
2. Diet tinggi protein
Diet tinggi protein di sini bermaksud makanan utama ialah daging atau protein daripada sumber haiwan. Daging ni boleh menjadikan kita cepat kenyang, jadinya kita tak rasa nak makan makanan lain dah, tapi sisi gelap diet tinggi protein dengan daging ialah:
- Daging juga tinggi dengan lemak tepu. Pengambilan daging haiwan secara berlebihan dan berterusan meningkatkan risiko penyakit jantung, kencing manis, strok dan kanser.
- Pengambilan daging yang tinggi juga meningkatkan penghasilan asid urik dalam badan. Ini meningkatkan risiko bengkak sendi, gout dan batu karang buah pinggang.
3. Vegetarian diet atau buah-buahan sahaja
Walaupun merupakan makanan sihat, tapi pengambilan sayur dan buah-buahan sahaja memang tak dapat cukupkan nutrisi harian. Apatah lagi, biasanya orang yang makan sayur je ni biasanya akan goreng sayur tu untuk lebih rasa. Walaupun gunakan minyak sayuran, tapi minyak sayuran ni tinggi kalori dan pengambilan yang berlebihan boleh menaikkan berat badan pula.
4. Penggunaan produk dan pil diet atau pil pelangsing
Banyak pil diet atau pil pelangsing di pasaran bertindak untuk menahan rasa lapar. Yang bahayanya, pil ini tidak mengubah sikap seseorang dalam menjaga pemakanan. Jadinya, jika dah tak ambil pil ni, berat badan mungkin mencanak-canak naik.
Jangan lupa, pil ini juga tentu ada kesan sampingan. Kajian menunjukkan penggunaan pil ini jangka masa panjang menyebabkan kesan sampingan seperti rentak jantung tak sekata dan kegagalan organ yang dikaitkan dengan bahan-bahan dalam pil tersebut.
PIl diet atau pil pelangsing ni biasanya mengandungi kafein, ephedra, diuretics dan laxatives yang boleh menjejaskan kesihatan penggunanya.
Bagaimana Nak Kekalkan Kesihatan Cara Yang Betul Dan Sihat
Nak turunkan berat, takkan berlaku dalam masa 1 malam sahaja. Jadi, untuk kurangkan berat dengan cara yang sihat dan selamat, anda perlu tukar rutin pemakanan dan perlu bersenam secata teratur.
Untuk kurangkan berat badan dengan sihat, perlu ada semua komponen yang saya senaraikan di bawah.
1. Kurangkan pengambilan kalori
Berat badan naik dan obesiti juga tidak berlaku dalam 1 malam. Bila pengambilan kalori melebihi apa yang diperlukan oleh badan, maka kalori itu akan disimpan sebagai lemak. Mengawal pengambilan kalori bukan sahaja membantu menurunkan berat badan, tapi boleh menguatkan sistem imun.
2. Makanan berasaskan tumbuhan
Makanan berasaskan tumbuhan bukan sahaja rendah kalori, tetapi juga kaya dengan nutrisi. Makanan ini mengandungi fitokimia, antioksida dan gula yang kompleks. Nutrient ni membantu meningkatkan sistem imun dan mengekalkan kesihatan tubuh badan secara keseluruhan.
Selain daripada tu, makanan daripada tumbuhan juga tinggi dengan serat yang hanya ditemui dalam tumbuhan sahaja. Serat ni membantu untuk dapatkan berat badan ideal, mengelakkan sembelit, mengurangkan risiko kencing manis dan tekanan darah tinggi.
3. Bersenam dengan kerap
Pemakanan yang sihat membantu mengurangkan pengambilan kalori. Bersenam boleh membantu membakar kalori untuk menurunkan berat dan menguatkan sistem imun. Senaman bole meningkatkan kesihatan jantung dan salur darah dan meningkatkan keanjalkan badan dan sendi.
Selain daripada itu, senaman sangat bermanfaat kepada sistem limfa, melancarkan pengaliran cecair limfatik dan menguatkan sistem imun.
Sebab tu, sangat penting untuk jadikan senaman sebagai sebahagian daripada aktiviti kita. Kalau boleh buat setiap hari lagi bagus. Kalau tidak, cubalah bersenam 3-5 kali seminggu.
Program New You Shaklee nak bantu maintainkan berat badan ideal
Kami telah membantu ramai orang yang nak dapatkan berat badan unggul dan nak kekalkan berat badan ideal mereka. Saya tak mahu cerita banyak, sebab sebelum ini saya pernah berkongsi manfaat Set New You Shaklee ini. Kali ni, saya nak kongsi sahaja testimoni-testimoni orang yang sudah berjaya.

Testimoni 1
Mendapat keyakinan diri semula – Hasma binti Hussain, 37 tahun
Dulu saya berasa malu kerana rasa tidak selesa dengan bentuk badan sendiri. Namun, dengan Shaklee-effect saya yang menakjubkan, kini saya berkeyakinan tinggi untuk membantu lebih ramai orang mencapai kehidupan yang lebih baik dan sihat. Apa yang saya dapat? Saya rasa lebih bertenaga, lebih kuat, lebih ringan dan kulit makin berseri.
Terus klik sini untuk order set new you dengan PERCUMA 1 tong cinch shakes
Testimoni 2
Semakin sihat – Ummi Syafiqah binti Mohd Hisham
Selepas kehamilan ketiga, saya sukar untuk menurunkan berat badan. Selepas mengambil produk Shaklee secara konsisten dan mengamalkan gaya hidup sihat, akhirnya saya berjaya menurunkan berat badan! Saya sangat gembira kerana boleh menggayakan semula pakaian sebelum hamil. Shaklee memang benar-benar berkesan.
Terus klik sini untuk order set new you dengan PERCUMA 1 tong cinch shakes
Testimoni 3
Dari 4XL ke M – Siti Maimunah binti Baharudin
Sebagai wanita bersaiz besar, saya memang berdepan dengan pelbagai isu seperti kritikan terhadap diri sendiri, nilai diri, kulit kusam dan sakit kaki. Ketika bertekad untuk mengubah gaya hidup, saya temui Shaklee. Saya berjaya menurunkan berat badan dan kesihatan juga makin baik. Kini saya berasa lebih gembira dan yakin. Jom jalani kehidupan yang lebih baik dengan Shaklee.
Terus klik sini untuk order set new you dengan PERCUMA 1 tong cinch shakes
Testimoni 4
Perbaiki pemakanan, tingkatkan kesihatan- Ang Hui XIn, 28 tahun
Saya gemar memakan makanan berkanji, snek dan makanan manis. Siapa yang tak suka kan? Namun, tanpa disedari berat badan saya meningkat sedikit demi sedikit dan saya mula mengalami masalah jerawat. Saya mula mengambil Shaklee ESP soy protein, cinch dan nutrisi asas yang lain. Kulit saya bertambah pulih dan kawan-kawan mula memuji kulit saya yang kelihatan cerah dan berseri. Selain itu, saya berjaya menurunkan berat badan melalui pemakanan sihat dan senaman. Saya berasa cukup sihat dan gembira ditemukan dengan Shaklee.
Terus klik sini untuk order set new you dengan PERCUMA 1 tong cinch shakes

HUBUNGI SAYA SEKARANG, SAYA GUIDE ANDA
Wasap : Fyda Noh wasap
Fb: Fyda Noh
TIKTOK: https://www.tiktok.com/@fydanoh
Coach Hormon Wanita
ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI
“Berminat join komuniti kami yang menjana pendapatan 3-4-5-6 angka sebulan? Berdaftarlah sebagai ahli Shaklee dan anda mampu menjana pendapatan lumaatan dan nikmati faedah lain dengan hanya RM35.
Pengedar seluruh negara dialu-alukan untuk bersama group ekslusif kami dan berjaya bersama team iReach
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #projekblogmega #bloggingnextlevel
wah terbaik set hello new you ni.