suami tak sokong bisnes

Tips Pikat Suami Izinkan Bisnes Dengan Cash Rebate

Peristiwa ni saya mungkin takkan lupa sampai bila-bila. Saya dan suami hampir bergaduh besar bila saya buat keputusan untuk buat bisnes. Masa tu saya sendiri pun tak konsisten makan vitamin sebenarnya walaupun sedang mengandung, (Jangan ikut perangai tak elok ni. Ibu mengandung yang sayangkan diri dan bayi dalam kandungan wajib makan vitamin antenatal, tapi yang paling baik pilih lah vitamin yang organik)

Berbalik kepada cerita saya tadi. Walaupun masa tu, saya makan vitamin tak konsisten, sebabnya saya skeptikel dengan vitamin ni. Kalau nak tahu kenapa skeptikel sangat dan bagaimana saya berubah, saya cerita dalam next entry.

Kisahnya, saya terlioqqqq tengok team tayang cash rebate yang Shaklee bagi. Bayangkan setiap 14 haribulan macam-macam angka bonus dorang tunjuk.

Ada 3 angka..

Ada 4 angka..

Ada yang 5 angka..

Ya Allahh, terbeliak mata tengok.

Masa tu pula kebetulan bulan puasa dan saya balik dari kerja pun dah lepas waktu berbuka. Lepas tu cakap kat suami nak jumpa mentor bisnes lepas terawih. Dia tak senang hati sebab Shaklee ni network marketing kan, tapi orang luar tengok – MLM la, atau multilevel marketing lah. Padahal sangat berbeza tau.

Lepas balik kerja, saya memang penat sangat dan tertidur selepas solat Isyak. Saya sembahyang terawih kat rumah je. Mungkin suami saya senang hati saya tertidur, maksudnya meeting malam ni batallah.

Mungkin masa tu Allah dah takdirkan saya untuk dapat income lebih daripada bisnes Shaklee kot. Ngam-ngam orang masjid habis solat terawih, saya terjaga. Nak tak nak, terpaksalah suami ikut isteri dia nak juga start bisnes kan? Tapi sebenarnya malam ni kami bergaduh manja, bergaduh mulut.

Sampaikan masa tu, saya nak jaga hati suami, memang saya tak bersungguh sangatlah buat bisnes. Cuma bila orang tanya, baru saya cakap. Tapi, ada juga orang order vitamin Shaklee daripada saya. Bonus pertama saya ialah RM32. Ok la kan? Takda modal apa-apa, sapa nak bagi duit free-free.

Bila saya tunjukkan cek itu kepada suami, mencemuhlah dia. 32 hengget je. Sebab suami tak sokong, saya pun tak buatlah dengan sungguh-sungguh.

Isteri Degil Bukan Tanda Melawan Suami

Cantik sangat aturan Allah. Sepanjang saya berada di sisi suami, saya memang tak bisnes sungguh-sungguh. Kesian mentor saya turun jumpa hari tu kan?

Namun, ketika mengandung dalam 31 atau 32 minggu, saya diuji dengan air ketuban rendah sampai masuk wad. Pakar cakap kalau 2 minggu air ketuban tak naik, dia akan paksa bersalin. Alhamdulillah 2 minggu selepas tu air ketuban dah normal. Dan saya pula dapat cuti awal, 34 minggu dah cuti dan terus balik kampung.

Masa tu lah, saya ambil peluang sebab suami tak ikut balik kampung kan. Lagipun duk rumah sorang-sorang, memberi saya idea untuk buat bisnes betul-betul. Masa tu saya mula tulis blog dengan serius. Setiap hari saya update.

Akhirnya, saya berjaya dapat bonus pertama 4 angka hingga membawa kami sekeluarga ke Osaka, Jepun.

Betul lah orang kata, suami ni bila tak bagi isteri berniaga sebenarnya dia tak mahu isterinya susah. Tapi, isteri pun ada impian sendiri dan seorang isteri juga perlu berdikari dan ada simpanan sendiri.

Setuju tak?

Hingga sekarang, alhamdulillah saya konsisten dapat bonus 4 angka setiap bulan.

Cash Bonus Shaklee Dipatenkan

Kalau orang buat produk sendiri, tentu faham apa kepentingan paten. Bila satu-satu produk dipatenkan, bererti tak ada orang lain yang boleh hasilkan produk seumpama itu.

Pembayaran bonus Shaklee yang tiada had telah dipatenkan. Apa maksud tiada had ni?

Dalam Shaklee ada 7 pangkat yang mempunyai peratusan bonus yang berbeza. Ini umpama gred gaji yang berbeza untuk orang yang makan gaji. Tapi, bagi orang makan gaji, ada had gaji mengikut gred. Contoh kalau gred 1, had dia 1000. Jadi, dia kerja rajin macammana pun, bekerja sampai tak makan, sampai tak balik rumah pun, maksimum gaji dia tetap 1000. Hinggalah dia naik gred 2. Tapi, di Shaklee tak ada tanda gaji tu. Walaupun anda berada pada gred 1, anda berpotensi untuk dapat income gred 2 atau gred 3.

Best ke best?

Maksudnya setiap usaha kita tak sia-sia. Kalau kita kerja sampai tak tidur malam, sampai tak makan, in sha Allah setiap detik itu berbaloi.

Seronok Bantu Orang Lain Makan Vitamin Percuma

Selepas mengandung anak pertama, banyak saya belajar tentang supplements. Baru saya faham fungsi sebenar supplements dan baru saya faham kenapa ramai doktor yang skeptikel dengan supplements. Sebenarnya supplements ni bukan bidang doktor sebab tu jika doktor tu tak mencari sendiri bacaan untuk nutrisi, mungkin beliau anggap supplements ni sama dengan ubat, tapi sebenarnya ada perbezaan.

Secara umumnya zaman sekarang kita perlukan vitamin dan mineral tambahan sebab gaya hidup kita dah berubah. Hidup kita sekarang dah makin sibuk. Walaupun dah makan makanan yang seimbang dan sihat, sebenarnya sukar untuk cukupkan keperluan vitamin tu. Ditambah pula dengan banyak benda dikeliling kita yang rosakkan sel dan level stress kita sangat tinggi.

Kerosakan sel ini, jika tak dikawal menyebabkan badan jadi letih dan lesu dan meningkatkan risiko penyakit. Sebab itu, supplements ni diperlukan oleh orang yang sihat untuk mengekalkan kesihatan lebih lama. Untuk orang yang ada penyakit pula, walaupun supplements tak mampu menyembuhkan penyakit, tapi sekurang-kurangnya membantu menjaga sel yang masih ok dan melambatkan komplikasi penyakit.

Shaklee ni bukan untuk orang bisnes saja, ada yang nak makan vitamin saja tapi tak mahu berbisnes. Ok, tak ada masalah. Tapi, yang bestnya ialah bila orang yang makan sendiri pun boleh dapat bonus atau cash rebate daripada vitamin yang dibeli sama ada untuk diri sendiri dan keluarga. Ada juga yang tolong saudara-mara lain untuk hidup sihat. Maknanya boleh makan vitamin percuma. Tak perlu keluarkan duit pun.

Untung kan?

Badan lebih sihat, tapi dapat percuma.

Harap Dapat Bantu Anda Untuk Hidup Lebih Sihat Dan Dapatkan Income Dengan Shaklee

Mungkin anda jumpa blog fydanoh ni sebab Allah lorongkan jalan untuk bantu anda untuk hidup lebih sihat atau mungkin anda sedang tercari-cari cara untuk tambahkan income bulanan. Mungkin ini ialah peluang anda.Hubungi saya sekarang dan dengar dulu tentang bisnes plan. Lepas tu barulah buat keputusan.

HUBUNGI SAYA SEKARANG, SAYA GUIDE ANDA

Wasap : Fyda Noh wasap

Fb: Fyda Noh

TIKTOK: https://www.tiktok.com/@fydanoh

Coach Hormon Wanita

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG  DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI

“Berminat join komuniti kami yang menjana pendapatan 3-4-5-6 angka sebulan? Berdaftarlah sebagai ahli Shaklee dan anda mampu menjana pendapatan lumaatan dan nikmati faedah lain dengan hanya RM35.

Pengedar seluruh negara dialu-alukan untuk bersama group ekslusif kami dan berjaya bersama team iReach

#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #projekblogmega #bloggingnextlevel

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *