Hidup di zaman sekarang, terlalu besar cabarannya. Untuk kekal sihat dan sejahtera, ada perkara yang perlu kita ambil berat. Untuk kekal sihat, bukan sekadar makan sayur dan buah lebih banyak, tapi kesihatan mental juga sangat perlu dijaga. Mental yang tidak sihat akhirnya boleh menjejaskan kesihatan fizikal juga.
Anda tahu tak, apakah amalan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan oleh wanita setiap hari untuk mengimbangi antara kesihatan fizikal dan mental ini?

7 Perkara Ini Wanita Perlu Beri Perhatian Untuk Kekalkan Kesihatan Fizikal Dan Mental
1. Pemakanan yang sihat dan seimbang
Makan ialah suatu yang sangat ketara. Apatah lagi di zaman sekarang, nak dapatkan makanan yang sihat dan seimbang perlu sedikit usaha kerana gaya hidup kita yang dah semakin sibuk. Lambakan restoren makanan segera menjadikan kita lebih senang memilih makanan segera ni.
Setiap hari, sebolehnya pastikan anda dapat pelbagai jenis makanan untuk mencukupkan nutrien yang diperlukan oleh badan termasuklah karbohidrat, protein, lemak dan juga mikronutrien yang lain.
2. Tidur yang cukup
Tidur ialah sesuatu yang biasanya dilupakan oleh wanita-wanita yang sibuk. Seorang kawan saya, kerana sibuk dengan study masternya, hampir setiap hari makan maggi dan tidur 3-4 jam sahaja.
Tidur ni ialah waktu badan kita membaikpulih. Jika tak cukup tidur, tak hairanlah kita kita bangun pagi masih keletihan.
3. Keperluan makanan tambahan yang organik dan semulajadi
Mungkin anda masih skeptikal dengan pengambilan makanan tambahan, tapi cuba anda nilai balik pemakanan harian anda, adakah cukup mikro nutrien (vitamin dan mineral) yang anda ambil setiap hari.
Sel yang tidak cukup mikronutrien mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik dan akhirnya berisiko menyebabkan penyakit kronik.
4. Luangkan masa berkualiti dengan orang yang anda sayangi
Makin kita sibuk, makin sukar nak luangkan masa untuk ahli keluarga. Untuk kesihatan, memang perlu keluar daripapa rutin harian untuk bersama keluarga untuk menguatkan hubungan dengan ahli keluarga.
Jika hubungan dengan ahli keluarga tegang, bukan sahaja kesihatan kita terjejas, malah mungkin kesihatan ahli keluarga lain juga.
5. Minum air secukupnya
Kekal terhidrasi ialah resepi penting untuk fizikal dan mental yang sihat. Bawalah sentiasa botol air masak bersama anda supaya anda tak lupa untuk minum air.
6. Bersenam
Senaman ialah sepenting tidur yang cukup. Senaman bukan sahaja memastikan otot kita kendur untuk elakkan kesakitan otot, tapi juga membebaskan hormon untuk memastikan kesihatan mental juga.
7. Uruskan stress dengan baik.
Stress ialah sesuatu yang diciptakan oleh badan kita untuk meneruskan kehidupan. Namun, stress yang terlampau boleh merosakkan badan dan meletakkan kita dalam situasi stress yang tidak perlu.
Kenali lah stress anda dan cari jalan untuk uruskan stress dengan baik.
Untuk uruskan stress ni juga, anda perlukan vitamin dan mineral tertentu untuk mengelakkan kerosakan sel akibat stress ni.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda dan jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang lain
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #bloggingnextlevel