vitamin ibu hamil

Pengalaman Anemia Masa Mengandung, Takkan Culas Vitamin Antenatal Dah

Akibat Culas Makan Vitamin Ibu Mengandung

Selepas 10 tahun bersama Shaklee, sebenarnya saya pernah anti-supplements. Bukanlah anti-supplements sebenarnya tapi masa tu belum ada ilmu tentang nutrisi, ilmu tentang vitamin.

Walaupun masa tu dah bekerja sebagai doktor, tapi saya masih skeptikel terhadap vitamin. Termasuklah vitamin ibu mengandung. Untuk saya sendiri lah. Ibu-ibu mengandung memanglah kena suruh makan.

Kalau sekarang, lagi lahh.. saya tekankan betul- betul pengambilan vitamin antenatal. Kalau boleh, cari vitamin yang organik. Barulah terbaik dan lebih selamat kepada ibu dan bayi.

Culas Makan Vitamin Ibu Mengandung

Masa saya mengandung dulu, ya ampunn culasnya saya makan vitamin. Masa tu, saya dah kenal dengan vitamin Shaklee, tapi still saya tak makan dengan konsisten sebab anggap saya masih ok dan cukup saja vitamin ni.

Ya Allah.. tak sedar dirinya.

Dah lah anak sulung.

Alhamdulillah, kehidupan berlangsung dengan ok. Cuma kadang-kadang ada stressnya sebab sibuk dengan kerja. Masa mengandung tu saya masih doktor pelatih dan menjadi doktor pelatih di hospital,  kerja memang banyak, maklumlah orang paling penting. 

Rasa nak minta kasihan bos-bos, tapi minta maaf lah.. memang tak dapat. 

Saya masih ingat lepas solat menangis-nangis mengadu kat baby, doakan momy kuat. Ada juga minta doa supaya pengsan, barulah orang kasihan kot. Tapi, alhamdulillah, doa tu tak dimakbulkan.

Dalam keadaan macam tu pun, saya masih culas makan vitamin. Siapa tahu, mungkin letih, stress tu sebenarnya akibat kekurangan vitamin B dan magnesium?

Bila Dah Sarat Mengandung

Suatu pagi, masa tu dalam 32 minggu kandungan. Suami kata,

“I rasa baby kurang gerak semalam…”

Suami mendesak supaya saya pergi cek. Dalam hatiku, aduiiii ada-ada je lelaki ni. Cukup je pun 10 gerakan waktu siang. Saya nak buat tak tahu je sebenarnya. 

Ish ish.. Dahla culas makan vitamin, salah faham pula cara kira gerakan bayi.

Suami saya ni setiap malam dia akan bercakap dengan baby. Saya, masa tu dah tidur. Penat kan kerja waktu siang. Jadi, malam tu dia perasan gerakan baby kurang kuat. 

Sebelah paginya, saya terpaksa kebenaran supervisor untuk cek baby sekejap. Dalam hati saya, mesti tak ada apa-apa pun. Lebih-lebih je suami aku. 

Akhirnya terjawab..

Rupanya air ketuban saya dah berkurang, paras normal yang paling rendah. Dalam 8 atau 9 gitu, terus kena masuk wad. 

Bila cek semua, tak ada leaking dan baby pun ok, tapi kena tinggal dalam wad untuk pemantauan. Seminggu lebih juga la masa tu, sebab lepas 3 hari cek air ketuban pun tak naik juga. 

Pakar cakap lepas seminggu cek balik. Kalau tak naik juga kena paksa bersalin takut baby tak membesar. Punya lah takut

Lepas seminggu, dah 33 minggu kandungan, pakar cakap kalau tak naik juga kena paksa bersalin, takut baby tak membesar. Ada lagi 1 masalah sebenarnya. Ingat tak saya memang culas makan vitamin antenatal? Baik yang jenama Shaklee atau yang dari klinik. Kesudahannya Hb pula drop. 

Tanpa sebarang tolak ansur, doktor terus bagi Zincofer. Kalau 2 minggu lagi tak naik juga, mungkin kena cucuk kat punggung atau masuk dalam salur darah terus. 

Aduhai.. ngerinya.

Bukan Saya Tak Mahu Makan ZIncofer

Nak tak nak, terpaksalah juga saya menghadap Zincofer tu, takut kena cucuk punya pasal. Tapi, lepas 2 minit je ZIncofer masuk perut, pasti saya muntah balik. Makin pening kepala aku bila nampak sebiji Zincofer belum hancur, bersama-sama isi perutku.

Pilihan lain yang saya nampak masa tu ialah set hamil Shaklee. Walaupun, multivitamin Shaklee iaitu VitaLea hanya ada 9mg zat besi untuk 1 biji, tapi terpaksalah sebab itu je boleh telan. Dan bestnya Vita-Lea ni memang perlu dimakan lepas makan nasi dan tak buatkan najis jadi hitam sebab zat besi diserap sepenuhnya.

Alhamdulillah, lepas 2 minggu tu ai ketuban dah ok dan Hb pun naik balik. 

Lepas tu memang saya terus konsisten la dengan vitamin Shaklee hinggalah saya mengandung anak kedua. Anak ke2 ni tak ada masalah sangat. Hb konsisten berada paras normal dan lebih bertenaga pula masa tu.

Wanita Perlu Buat Persediaan Awal

Vitamin ibu mengandung ni sebenarnya bukanlah untuk diambil semasa dah tahu anda mengandung sebab yang paling penting kita nak cukupkan keperluan vitamin dan mineral pada peringkat awal kehamilan sebab masa tu banyak organ-organ penting bayi terbentuk, termasuklah otak yang memerlukan zat besi yang lebih tinggi.

Sayangnya, ramai ibu yang tahu mengandung pun dah lambat apa lagi nak mulakan vitamin ibu mengandung pada awal kehamilan.

Sebab tu saya pilih untuk amalkan vitamin Shaklee untuk kesihatan walaupun tak mengandung sebab vitamin Shaklee ni ialah organik dan semulajadi dan terbukti tidak merosakkan sel walaupun diambil untuk jangkamasa yang lama.

Ini adalah testimoni Shaklee saya pada awal-awal saya kenal Shaklee dulu. Sebab inilah, saya semakin yakin dan sayang pada Shaklee. Semoga berjaya dapat hadiah tajaan www.anakkuwira.com. Doakan ya..

Untuk dapatkan konsultasi berkenaan produk Shaklee, boleh hubungi Fyda ya..

Hubungi Fyda Noh untuk konsultasi produk Shaklee.

HUBUNGI SAYA SEKARANG, SAYA GUIDE ANDA

Wasap : Fyda Noh wasap

Fb: Fyda Noh

TIKTOK: https://www.tiktok.com/@fydanoh

Coach Hormon Wanita

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG  DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI

“Berminat join komuniti kami yang menjana pendapatan 3-4-5-6 angka sebulan? Berdaftarlah sebagai ahli Shaklee dan anda mampu menjana pendapatan lumaatan dan nikmati faedah lain dengan hanya RM35.

Pengedar seluruh negara dialu-alukan untuk bersama group ekslusif kami dan berjaya bersama team iReach

#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #projekblogmega #bloggingnextlevel

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *