Adakah anda suka travel, tapi kewangan tak membenarkan?
Saya pun ada masalah kewangan juga sebelum ni. Dulu saya pernah belajar di India. Tapi, malangnya masa tu saya tak gunakan sepenuhnya masa berada di negara orang untuk travel. Lepas saya dah balik Malaysia, ya Allahhh barulah rasa rindunya nak keluar jalan-jalan.
Tapi, masalahnya..
Bila dah balik Malaysia ni, dah bekerja duit dah ada tapi komitmen lain pun dah banyak. Maklumlah dah jadi orang dewasa kan? Banyak yang kita nak kena fikir. Takkan nak harapkan duit mak ayah lagi.
Rupanya suami saya juga ada rasa yang sama. Sebab dia pun ada seorang abang yang pernah tinggal di UK. Jadinya, beliau pernah ada pengalaman travel ke UK.
Baca kat sini pengalaman Ibu Zarith bawa 5 anak melancong.

Alasan Sibuk Bekerja
Bila tengok profil kewangan kami, dengan komitmen yang terpaksa ditanggung setiap bulan, memang jauh sangatlah impian nak travel tu. Jadi, kami pun terpaksalah buat alasan kami sibuk bekerja. Tak ada masa nak travel-travel ni.
Semasa mengandungkan anak pertama, saya terfikir tentang kewangan kami selepas ada anak. Kalau sekarang pun tak mampu nak simpan duit, lepas anak dah lahir ni agak-agak mampu ke nak hidup?
Kebetulan masa tu, saya dah makan produk Shaklee sebab masalah anemia semasa mengandung. Alhamdulillah, lepas amalkan Set Mengandung Shaklee, Hb saya kembali naik. Yang paling best, vitamin zat besi Shaklee je saya dapat telan. Yang lain mesti muntah. Tak ada masalah sembelit dan najis pun tak jadi warna hitam.
Sebab tu sampai sekarang saya amalkan produk Shaklee untuk tingkatkan kesihatan dan kurangkan risiko penyakit.
Sebelum anak saya lahir tulah, saya buat keputusan untuk mulakan bisnes Shaklee. Masa tu juga, suami saya pun mulakan bisnes kereta mainan Tamiya. Ala, yang dari Jepun tu.
Sebelum Anak Berumur Setahun
Akhirnya, suami saya menyuarakan hasrat untuk mencari barang jualan di Osaka, Jepun. Antara percaya dengan tidak, kami survey tiket murah. Memang ada betul-betul, sangat murah. Saya dah lupa berapa harga tapi memang sangat kami mampu nak beli dan tak mampu nak tolak.
Berdebarnya masa tu, sebab tiket dah ada tapi duit belanja kat sana nak korek kat mana?
Alhamdulillah, kerana desakan nak sangat duit, pertama kalinya saya dapat bonus 4 angka dengan Shaklee. Dan trip ni ialah pembuka pintu untuk kami travel pada tahun-tahun seterusnya.
Cara Saya Travel Ke Luar Negara
Lepas tu baru saya sedar, sebenarnya kami ni ada masa je nak travel cuma duit tak ada. Bila dah ada duit, barulah rasa yakin sikit nak buat plan dan menjayakan plan tersebut.
- Tetapkan nak pergi negara mana
- Survey tiket dan terus beli
- Kumpullah duit untuk belanja kat sana nanti
Yang paling penting anda kena wujudkan ialah TABUNG TRAVEL. Bila dah ada tabung ni, kita pun rasa semangat nak isi. Sebab rasa dah ada komitmen.

Jadikan travel tu sebagai komitmen kita. Macammana pun, setiap tahun sekurang-kurangnya sekali pergi travel.
Semoga dapat bantu anda yang ada impian travel untuk realisasikan impian anda. Saya sangat bersyukur ditemukan dengan bisnes Shaklee yang sangat sesuai dengan saya yang tak kacau masa kerja. Sekarang kerja makan gaji dulu disamping kembangkan bisnes Shaklee. Bila dah kukuh, insha Allah masa tu boleh buat pilihan dengan lebih jelas.
Jika anda berminat nak tambah income, nak capai impian dengan Shaklee, hubungi saya. Kita buat sama-sama ok..
HUBUNGI SAYA SEKARANG, SAYA GUIDE ANDA
Wasap : Fyda Noh wasap
Fb: Fyda Noh
TIKTOK: https://www.tiktok.com/@fydanoh
Coach Hormon Wanita
ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI
“Berminat join komuniti kami yang menjana pendapatan 3-4-5-6 angka sebulan? Berdaftarlah sebagai ahli Shaklee dan anda mampu menjana pendapatan lumaatan dan nikmati faedah lain dengan hanya RM35.
Pengedar seluruh negara dialu-alukan untuk bersama group ekslusif kami dan berjaya bersama team iReach
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #projekblogmega #bloggingnextlevel