Kalau ibu mengandung sendiri yang mencari set hamil Shaklee itu mungkin biasa sebab dah ramai ibu mengandung yang makan vitamin Shaklee ni dan dapati kesannya sangat berbeza daripada makan vitamin klinik. Rupanya ramai juga suami prihatin dan inginkan yang terbaik untuk isteri dan anaknya. Sweet kan suami ni?
Set Hamil Shaklee ni memang sangat berbeza kerana produk ini terbukti melalui Landmark Study serta kajian-kajian klinikal lain yang membuktikan produk ini berkesan dan selamat. Dah tentu pelaburan yang terbaik untuk kesihatan anda.
Saya sendiri pun mengamalkan Set Hamil Shaklee sejak anak kedua. Selepas saya culas makan vitamin ibu mengandung semasa mengandungkan anak pertama dan rasa sendiri akibatnya.
Anda boleh klik sini untuk baca pengalaman saya yang culas makan vitamin ibu mengandung ni.
Sekarang tugas saya berkongsi dengan bakal ibu semua kenapa anda perlu pilih Set Hamil Shaklee ni.
KENAPA IBU HAMIL PERLU MAKAN VITAMIN?

Ibu mengandung ialah golongan yang memerlukan zat dan nutrisi tambahan. Jangan salah sangka ibu mengandung perlu makan banyak sebab makan untuk 2 orang, tapi zat, vitamin dan mineral tambahan. Itulah yang diperlukan.
Zat dan nutrisi ini diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal bayi yang sihat dan untuk mengelakkan kecacatan sama ada fizikal atau organ dalaman.
Zat dan nutrisi ini juga diperlukan untuk perkembangan otak dan saraf bayi dan mengelakkan masalah saraf seperti spina bifida.
Zat dan nutrisi ini juga diperlukan untuk kegunaan ibu kerana bayi dapat zat daripada ibu. Jika ibu pula yang tak cukup zat dan nutrisi, maka kesihatan ibu mungkin boleh terjejas.
5 VITAMIN UTAMA YANG MESTI IBU AMBIL PADA TRIMESTER PERTAMA
Sebaiknya, wanita yang merancang untuk hamil, perlu memulakan vitamin antenatal kira-kira 3 bulan sebelum mengandung. Alhamdulillah, selepas melahirkan anak pertama, saya mengamalkan vitamin asas Shaklee yang turut ada dalam Set Hamil dan ternyata saya sangat berpuas hati sepanjang perjalanan kehamilan saya.
- Vita-Lize Multivitamin & Multimineral
Ibu mengandung memerlukan zat besi tambahan 2-3 kali ganda lebih daripada wanita yang tidak mengandung dan perlu diambil melalui suplimen. Ini kerana walaupun ibu dah makan sayuran hijau atau makanan yang kaya dengan zat besi, namun ianya masih tidak mencukupi. Kebanyakkan zat besi hilang akibat pencemaran udara, pencemaran tanah semasa ia di tanam dan semasa sayur di masak.
Kekurangan zat besi ini boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi. Zat besi juga diperlukan untuk pembinaan otak bayi yang terbentuk seawal 5 minggu selepas disenyawakan. Ada kajian yang menunjukkan anak-anak yang ada masalah berkaitan perkembangan otak termasuk autism dan masalah pembelajaran mungkin berkaitan dengan kekurangan zat besi semasa perkembangan otak ketika dalam kandungan.
Apa yang istimewa tentang Vita-Lize ialah walaupun kandungan zat besi rendah berbanding vitamin antenatal yang lain tapi disebabkan ia dilengkapi dengan multivitamin dan multimineral, penyerapan zat besi jadi lebih berkesan.
Selain daripada tu, Vita-Lize dicipta untuk pecah dalam jejunum yang mana tempat zat besi terus diserap dan tidak perlu ‘berebut tempat’ dengan makanan lain.
Orang yang makan Vita-Lize mendapati najisnya tidak berwarna hitam kerana semua yang besi diserap.
2. B-Complex yang mengandungi Asid Folik
Asid folik dah tentu nutrisi yang popular dikalangan ibu mengandung sebab kekurangan asid folik dikaitkan dengan masalah saraf bayi iaitu spina bifida, iaitu tulang belakang tak terbentuk dengan baik dan menyebabkan saraf terkeluar daripada belakang.
Teladani kisah ini – akibat tak cukup asid folik pada awal kandungan.
Istimewanya vitamin B Complex Shaklee ialah lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuklah asid folik. Vitamin B complex diperlukan oleh badan untuk membantu menghasilkan tenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan kulit lebih berseri.
Ibu yang merancang untuk mengandung perlu mengambil B Complex sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung. Sebab, selalunya ibu hanya sedar kewujudan bayi pada minggu ke-2 atau ke-3 mengandung, sedangkan masa tu organ-organ penting bayi termasuklah otak dan saraf telah berbentuk dan sangat memerlukan asid folik.
3. Protein soya ESP
Protein adalah sumber kepada asid amino yang menjadi binaan asas sel. Bayangkan bayi terdiri daripada 2 sel sahaja dan pembinaan sel bayi ni sangat pesat berlaku pada awal kehamilan dan seterusnya untuk perkembangan fizikal dan organ bayi.
Selain itu, protein ESP yang dihasilkan daripada soya organik adalah sumber protein yang baik yang boleh membantu untuk mengawal paras gula ibu, buat ibu lebih bertenaga dan elakkan gastrik.
4. Sustained release vitamin C
Selalunya kita dengar vitamin C bantu untuk kuatkan imun dan cantikkan kulit. Untuk ibu mengandung, vitamin C sangat penting sebab vitamin C membantu penyerapan zat besi. Zat besi ni antara zat yang sukar diserap, sebab tu biasanya orang yang makan zat besi najisnya hitam sebab zat besi yang tak diserap masuk salur darah.
Selain daripada tu, sistem imun ibu yang kuat sangat penting sepanjang tempoh kehamilan. Sistem imun ibu mengandung lebih rendah berbanding wanita lain. Jika ibu kena jangkitan kuman, risikonya boleh jadi komplikasi kepada bayi juga.
Sepanjang hamil anak ke-2 saya konsisten makan vitamin C Shaklee ni. Alhamdulillah sepanjang mengandung tu tak jatuh sakit dan anak pun tak pernah demam hingga umur mencecah 1 tahun.
5. Kalsium, Magnesium dan Vitamin D
Semasa hamil, bayi menyerap hampir 90% kalsium daripada ibu untuk pembentukan tulang dan sendi yang kuat. Jika kalsium dalam darah ibu tak diganti, risiko osteoporosis kemudian hari sangat tinggi. Selain daripada tu, ibu juga memerlukan kalsium dan magnesium untuk fungsi otot dan sendi.
Sebab tu ramai ibu mengandung yang mengadu sakit belakang, sakit otot, sakit sendi, kebas kaki, simpul biawak, mudah letih dan lesu dan sakit kepala.
Aduhai…
Bila jadi macam ni, pasti ibu rasa tak sedap badan, tak selesa dan moody selalu. Perjalanan kehamilan ni sepatutnya jadi pengalaman yang indah, tapi sebab masalah-masalah macam ni ibu rasa seksanya mengandung tu. Kalau ada simptom macam ni, segeralah telan Ostenutrix sebelum tidur, nescaya selepas bangun tidur ibu pasti ceria dan bahagia.
Sebenarnya, Ostenutrix ini lah vitamin kegemaran saya jika nak dibandingkan dengan keempat vitamin di atas. Kalau tak dapat sehari, mau merana badan! Hehe.
Selain itu, kalsium juga penting untuk membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko preeclampsia.
6. OmegaGuard – omega-3
Omega-3 makin glemer dikalangan ibu mengandung sekarang sebab omega-3 yang mengandungi DHA dan EPA ni membantu perkembangan otak dan mata bayi.
Kalau nak dapat anak yang bijak, amalkan lah omega-3 semasa mengandung.
Saya memilih Omegaguard sebab minyak ikannya diekstrak daripada ikan-ikan kecil. Kita tahu ikan terdedah dengan pencemaran logam berat dalam laut. Dengan sampahnya, dengan minyak tumpahnya. Ikan besar lebih banyak tercemar. Sebab tu ibu dinasihatkan berhati-hati bila memilih seafood.
Tapi, sebab Omegaguard dibuat daripada ikan kecil dan Shaklee menjalankan penyaringan 3 kali untuk pastikan hasilnya minyak ikan tulen dan bebas daripada pencemaran logam berat ni.
SET HAMIL PALING LENGKAP BERKHASIAT DAN PALING TOP

SET HAMIL IBU YANG GEMBIRA DENGAN SET KEHAMILAN SHAKLEE
Sebagai ibu, dah tentu kita nak berikan yang terbaik kepada buah hati kita. Sejak dari kandungan lagi, nak pastikan bayi dapat yang terbaik. Tapi kesihatan ibu juga perlu diutamakan sebab ibu yang akan jaga dan besarkan bayi nanti.
Saya sendiri pun merasai pengalaman yang berbeza selepas betul-betul amalkan set kehamilan Shaklee. In sha Allah kalau ada rezeki mengandung lagi, saya tetap setiap dengan SET HAMIL SHAKLEE.

Bila ibu dah jatuh cinta, berpantang pun terus denga produk Shaklee.

Hb ialah benda yang penting kepada ibu mengandung. Kalau Hb tak capai, balik-balik kena bebel dengan nurse kan?

Sengsaranya tidur malam-malam terjaga sebab simpul biawak. Jom atasi sekarang.
JOM NIKMATI PENGALAMAN INDAH SEPANJANG KEHAMILAN DENGAN SHAKLEE
Set Hamil Shaklee ni boleh tahan 1-3 bulan. Ibu boleh ambil seawal 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan hingga berpantang. Selepas melahirkan ada vitamin lain yang boleh ditambah untuk cepat sembuhkan luka bersalin.
Ada lagi berita best untuk ibu.
Shaklee keluarkan set baru lengkap dengan minyak urut dan minyak perut.
Order sekarang.

HUBUNGI SAYA SEKARANG, UNTUK DAPATKAN SET KEHAMILAN ANDA
Wasap : Fyda Noh wasap
Fb: Fyda Noh
TIKTOK: https://www.tiktok.com/@fydanoh
Coach Hormon Wanita
ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI
“Berminat join komuniti kami yang menjana pendapatan 3-4-5-6 angka sebulan? Berdaftarlah sebagai ahli Shaklee dan anda mampu menjana pendapatan lumaatan dan nikmati faedah lain dengan hanya RM35.
Pengedar seluruh negara dialu-alukan untuk bersama group ekslusif kami dan berjaya bersama team iReach
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #projekblogmega #bloggingnextlevel