Saya pernah scan seorang ibu mengandung yang datang buka buku pink lambat. Masa tu dia dah dalam 20 minggu mengandung. Biasanya pada usia 20 minggu, bayi akan discan untuk tengok pertumbuhan bayi, sebab pada usia 20 minggu, anggota badan bayi sudah lengkap.
Terkejutnya saya bila cuba sukat ukur lilit kepala janin tersebut, saya tak dapat cari bentuk kepala yang cantik. Selepas merujuk kepada pakar, sahlah janin tersebut tiada tempurung kepala.
Ada di kalangan ibu mengandung yang keliru bila sepatutnya buka buku pink. Katanya kalau terlalu awal, nurse tak terima. Bilakah masanya yang dikatakan terlalu awal? Bilakah masa yang sesuai untuk buka buku pink?
Sepatutnya buku pink dibuka sebaik sahaja ibu tahu dia mengandung. Mungkin masa tu scan baby pun tak nampak apa, yang paling penting ialah tahap kesihatan ibu dan nak pastikan ibu mulakan vitamin prenatal mungkin. Yang lagi baik jika ibu periksa tahap kesihatan sebelum mengandung untuk menyediakan persekitaran yang baik dan sihat kepada bayi dan mulakan vitamin ibu mengandung 3-4 bulan sebelum mengandung.

ASID FOLIK DAN ZAT BESI DIAMBIL SEBELUM MENGANDUNG
Ibu mengandung mungkin dan sedia maklum bahawa asid folik ialah vitamin yang penting sebelum mengandung, disamping zat besi. Sebab kedua-dua ini diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan otak dan sistem saraf bayi.
Anda boleh baca kepentingan zat besi untuk otak bayi dengan klik link ini.
Dalam artikel ni, saya akan fokuskan kepada asid folik. Asid folik sangat penting untuk pertumbuhan awal bayi dalam kandungan. Kejadian yang saya ceritakan di atas mungkin berkaitan dengan kekurangan asid folik pada awal mengandung. Cuba bayangkan kalau ibu lambat makan asid folik sebelum mengandung, anda juga berisiko untuk menghadapi situasi yang sama.
Secara teorinya, kekurangan asid folik pada awal mengandung penyebab berlakunya sumbing, kecacatan fizikal bayi dan keguguran pada awal kandungan.
Ya, mungkin ada ramai ibu tak makan vitamin pun pada awal kandungan dan bayi lahir sihat, selamat dan tiada masalah. Tapi, itulah faktanya dan mencegah itu kan lebih baik?

Jadi, kepada bakal itu ambillah perkara ini dengan serius. Sayangilah bayi yang sedang anda kandungkan atau bayi yang bakal hidup dalam rahim anda.
Asid folik sangat penting untuk pertumbuhan bayi, lebih-lebih lagi sistem saraf tunjang.
Pengambilan asid folik disarankan 3-4 bulan sebelum mengandung. Maksudnya sebaik sahaja ibu merancang untuk mengandung, ibu dah perlu ambil asid folik.
Bayangkan, badan anda tak cukup asid folik dan tau-tau dah hamil beberapa minggu. Tanpa asid folik secukupnya, risiko pertumbuhan bayi dalam kandungan terganggu dan berisiko menyebabkan berlakunya kerosakan neural tube. (NTD)
Mainly pertumbuhan tiub neural ini berlaku sekitar hari ke 21-27 kehamilan. Maksudnya masalah ini boleh terjadi masa kandungan sangat awal. Sebab itu lah sangat penting untuk consume Asid Folik bila kita merancang untuk hamil.
Terdapat 3 jenis NTD:
• Spina Bifina
• Anencephaly
• Encephalocele
Bayi yang diuji dengan keadaan ini biasanya tidak akan survive. Mungkin akan berlaku keguguran atau jika dilahirkan, bayi tidak dapat hidup lama.
Sebagai seorang ibu, kita nak elakkan sebarang abnormality pada baby kita. Betul tak? Mungkin anda boleh kata, kalau itu takdirnya, apa yang kita boleh buat. Tapi, kajian menunjukkan pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko kejadian ini.
So pengambilan Asid Folik adalah sebagai salah satu ikhtiar untuk baby yang sihat, inshaaAllah. Sekurang-kurangnya kita ikhtair.
Supplement Shaklee yang mengandungi Asid Folik ialah B COMPLEX dan VITA-LIZE. Vita-Lize juga mengandungi multivitamin dan zat besi yang juga sangat diperlukan pada awal kandungan. Jadi, saya sangat cadangkan kedua-dua ini diambil oleh kaum wanita biarpun belum mengandung.

Pengambilan Asid Folik semasa hamil dapat memberikan manfaat:
• Mengurangkan depresi / stress semasa hamil
• Bagus untuk perkembangan motor & sensori baby
Jadi untuk semua bakal ibu dan juga ibu ibu sekalian, pastikan anda dah consume Asid Folik ye sekiranya anda tengah plan nak hamil atau pun anda dah positif hamil lagi laa wajib consume.

Dapatkan B Complex segera, hubungi Fyda
Wasap : Fyda Noh wasap
Fb: Fyda Noh
TIKTOK: https://www.tiktok.com/@fydanoh
Coach Hormon Wanita
ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI
“Berminat join komuniti kami yang menjana pendapatan 3-4-5-6 angka sebulan? Berdaftarlah sebagai ahli Shaklee dan anda mampu menjana pendapatan lumaatan dan nikmati faedah lain dengan hanya RM35.
Pengedar seluruh negara dialu-alukan untuk bersama group ekslusif kami dan berjaya bersama team iReach
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #projekblogmega #bloggingnextlevel