Assalamualaikum dan hai..
Kaum wanita tentu sedia maklum bahawa ibu mengandung perlukan nutrisi tambahan sebelum, semasa dan selepas bersalin. Disebabkan sukarnya nak dapatkan zat dan mineral secukupnya dalam makanan, maka WHO/KKM telah menggariskan vitamin keperluan dalam program ibu mengandung. Maksudnya secara automatik, ibu mengandung yang mendaftar di klinik kesihatan atau mana-mana klinik akan diberikan vitamin tersebut.
Kalau entry sebelum ni saya kongsikan Set Kehamilan Shaklee. Jadi, ada yang tertanya-tanya kenapa wujud set hamil ini? Tak sama kah dengan yang diberikan di klinik? Adakah Set Hamil Shaklee untuk ibu mengandung bermasalah?
Tidak ibu-ibu…
Set Kehamilan Shaklee ini sama saja fungsinya dengan yang di klinik itu. Cuma, set Shaklee ini ialah alternatif kepada ibu-ibu yang inginkan produk organik dan lengkap dengan semua nutrisi, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Produk Shaklee juga dijamin selamat dan berkesan.
Produk organik lebih sesuai dengan badan kita dan penyerapannya vitamin ini lebih baik berbanding supplement sintetik.
Saya harap ibu dapat faham mesej yang cuba saya sampaikan. Kalau masih ada kekaburan, bolehlah hubungi saya dengan klik –Saya perlu info lagi.

Adakah Zat Besi Penting Untuk Hemoglobin Sahaja?
Hb atau hemoglobin ialah antara yang paling penting kepada ibu mengandung. Rasanya 2 orang ibu mengandung boleh duduk dan berbincang tentang Hb sahaja. Zat besi atau iron adalah zat yang diperlukan untuk penghasilan hemoglobin. Kekurangan zat besi adalah antara penyebab Hb rendah hingga jadi anemia.
Betul, anemia bahaya kepada ibu mengandung dan bayinya.
Semasa mengandung, isipadu darah bertambah, jadi zat besi tambahan diperlukan untuk menghasilkan Hb supaya dapat menghantar oksigen secukupnya kepada bayi.
Apa Jadi Jika Darah Tak Mendapat Bekalan Iron Yang Cukup?
Hb normal untuk wanita tak mengandung ialah 12g/L dan untuk ibu mengandung, 11g/L sudah ok. Namun, bila berlaku anemia zat besi berada pada paras yang sangat rendah.
Anemia boleh menyebabkan :
- Masalah kesuburan
- Keguguran
- Pertumbuhan dan perkembangan otak bayi mungkin terganggu
- Kelahiran pra-matang
- Bayi tak cukup berat
- Pertumbuhan janin terbantut (intrauterine growth restriction – IUGR)
- Anak lemas semasa lahir atau asphyxia
- Risiko kematian semasa lahir atau stillbirth
- Pendarahan berlebihan semasa melahirkan anak atau post partum hemorrhage.
Allahu akbar! Banyaknya kesan dan menakutkan hingga mungkin mengancam nyawa. Sedangkan ibu boleh cegah perkara ini dari awal dengan cukupkan zat besi dalam darah sebelum mengandung lagi.
So, ibu-ibu, please jangan pandang remeh isu zat besi ini. Pastikan bekalan zat besi atau iron anda cukup sebelum mengandung.

Kepentingan Hemoglobin Ketika Hamil
Kandungan kurang daripada 5 bulan
Pada ketika ini, bayi sedang melalui pembentukan organ, termasuklah otak yang sangat perlukan zat besi. Sekiranya zat besi tidak mencukupi, pembentukan dan perkembangan otak mungkin terjejas. Begitu juga dengan organ-organ lain sekiranya Hb rendah, mungkin pembentukan organ lain menjadi tidak sempuna atau bayi berisiko mengalami keguguran.
Kandungan 5 hingga 7 bulan
Ketika ini organ bayi, termasuk jantung telah terbentuk dengan sempurna. Namun, sekiranya Hb rendah, darah menjadi cair dan jantung bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan risiko bayi mati dalam kandungan.
Kandungan 7 bulan dan ke atas
Ketika ini, bayi sudah terbentuk sempurna, namun dalam usia begini jantung bayi tetap bergantung kepada kepekatan Hb. Jika Hb rendah, jantung bayi jadi tidak kuat dan risiko kematian dalam kandungan. Sekiranya jantung bayi dapat bertahan, bayi akan dilahirkan tapi mungkin dengan saiz yang lebih kecil.
CARA UNTUK MENINGKATKAN Hb
Untuk meningkatkan Hb, anda digalakkan mengambil makanan yang tinggi zat besi seperti
- Daging merah bersaiz kotak mancis (2 ketul)
- Daging ayam (bahagian dada)
- Kerang (20 ekor)
- Ikan bilis
- Kacang kuda
- Bayam
Jangan ambil pil zat besi bersama-sama dengan susu kerana ini mengurangkan penyerapan zat besi tersebut. Sebaiknya ambil bersama air masak atau jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C.
Hb akan naik sebanyak 1g/dL jika vitamin diambil secara konsisten dalam 10-14 hari.
Namun begitu, saya ada shortcut untuk menyelesaikan masalah ini. Saya nak kenalkan Set Anemia Ibu Hamil yang disusun khas untuk ibu mengandung untuk mengatasi masalah low Hb dan anemia serta pastikan badan ibu lebih sihat dan cergas.
VITA-LIZE SHAKLEE SUMBER ZAT BESI TERBAIK

Suplimen Shaklee yang mengandungi zat besi ialah Vita-Lize. Sebelum ni namanya Vita-Lea. Bukan sahaja mengandungi zat besi, tapi lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita. Zat besi ialah antara zat yang sukar untuk diserap dan memerlukan bantuan vitamin dan mineral lain.
Zat besi perlu diambil dengan perut kosong untuk meningkatkan penyerapan zat besi tersebut. Dengan kehadiran makanan, mungkin boleh mengganggu penyerapan zat besi. Masalahnya, zat besi juga boleh menyebabkan iritasi pada perut dan mungkin menyebabkan muntah.
Berbeza dengan Vita-Lize Shaklee yang dicipta untuk pecah di jejunum, iaitu bahagian usus kecil yang menyerap zat besi ini. Walaupun diambil bersama-sama makanan, namun zat besi itu akan diserap sepenuhnya kerana Vita-Lize hanya pecah di jejunum dan zat besi terus diserap.
Kepada anda yang merancang untuk mengandung, anda perlu consume zat besi kurang lebih 3-4 bulan sebelum mengandung. Nak tau kenapa? Ada entry yang saya buat tentang zat besi ini.
Anda boleh baca di sini ya – Kesan Kekurangan Zat Besi Kepada Otak Bayi
Sampai sini dulu untuk entry kali ni. Kalau anda nak info lanjut tentang Vita-Lize atau nak order, boleh contact Fyda.
HUBUNGI SAYA SEKARANG, SAYA GUIDE ANDA
Wasap : Fyda Noh wasap
Fb: Fyda Noh
TIKTOK: https://www.tiktok.com/@fydanoh
Coach Hormon Wanita
ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI
“Berminat join komuniti kami yang menjana pendapatan 3-4-5-6 angka sebulan? Berdaftarlah sebagai ahli Shaklee dan anda mampu menjana pendapatan lumaatan dan nikmati faedah lain dengan hanya RM35.
Pengedar seluruh negara dialu-alukan untuk bersama group ekslusif kami dan berjaya bersama team iReach
#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #projekblogmega #bloggingnextlevel