Kolagen Yang Paling Berkesan Untuk Wanita Asia

Kolagen Yang Paling Berkesan Untuk Wanita Asia

Kolagen adalah antara topik yang hangat dalam dunia kecantikan, terutamanya kepada kaum wanita yang rata-rata fitrahnya untuk kelihatan cantik dan muda daripada usia. Sekarang ni, bukan saja wanita, malah lelaki pun dah mula menunjukkan minat kerana kolagen bukan sahaja diperlukan untuk keanjalan kulit.

Apa sebenarnya kolagen? Adakah anda rasa dah tahu sepenuhnya tentang kolagen? Adakah benar apa yang anda tahu? Teruskan membaca ya..

Perbezaan kulit yang cukup kolagen dan kurang kolagen

Kolagen adalah kumpulan protein semulajadi yang terdapat dalam tisu haiwan, yang merupakan protein paling banyak dalam tisu. Dalam tisu mamalia, kolagen mewakili 25-35% daripada keseluruhan protein badan. Manakala kulit kita pula mengandungi 70% kolagen. Sinaran UV, pencemaran, merokok, minuman alkohol, sinus dan diet yang kurang protein dan kurang air menyumbang kepada kemusnahan kolagen dalam dalam kita. Jadi, tak hairanlah kalau kulit kita sangat terkesan jika kolagen kurang, sebab begitu banyak kolagen dalam lapisan kulit.

Kolagen terletak dalam lapisan kulit dalam, yang dikenali sebagai dermis yang bertanggungjawab membina jaringan kulit agar sentiasa kekal anjal, lembut, lembap dan gebu. Tapi anda mungkin tak tahu bahawa kolagen tidak kekal dalam kulit dengan sendirinya? Ia memerlukan bantuan bahan-bahan lain seperti asid hyaluronik dan elastin.

Namun, dengan peningkatan usia, kolagen akan mula berkurang bermula pada usia 25 tahun, yang mana 1.5% jumlah keseluruhan kolagen akan berkurang. Maknanya apabila usia 60 tahun, 50% kolagen telah pun hilang. Ini menjelaskan kenapa kulit mula kendur, kusam dan berpigmentasi apabila seseorang mencecah usia 30-an. Paling ketara tentu sekali wanita. Proses ini berlaku secara semulajadi dan turut dipengaruhi oleh perubahan hormon, jadi sebab itu wanita lebih berisiko kerana hampir semua sistem badan mereka dipengaruhi oleh hormon estrogen.

Tapi, masalahnya sekarang proses ini menjadi lebih cepat kerana kolagen dimusnahkan oleh radikal bebas yang terdapat di sekeliling kita termasuk pencemaran, makanan dan juga kosmetik.

Oleh sebab itu, bagi wanita mahupun lelaki yang mementingkan penampilan, terutamanya apabila kerjaya anda memerlukan ketrampilan yang menarik sudah tentu penampilan wajah dan kulit sangat penting untuk menjadikan anda lebih yakin. Kolagen adalah salah 1 bahan yang perlu dipertimbang kerana kolagen penting dalam pemulihan kulit yang rosak termasuk pembaikan parut dan lecur.

Memang tubuh akan berusaha memulihkan struktur kulit agar kekal seperti normal jika terdapat luka atau masalah jerawat. Namun, jika kolagen mula berkurang, agak mustahil untuk kulit kembali seperti pulih seperti sebelumnya. Ini menjelaskan kejadian parut yang tebal dan hodoh. Bagi mengatasi masalah ini, kolagen diperlukan untuk memulihkan kulit supaya parut menjadi lebih samar dan licin. Walaupun mungkin tak boleh membantu sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya penampilan lebih baik. Namun, kolagen berlebihan juga alamat tidak baik kerana boleh menyebabkan parut membesar yang dipanggil keloid.

Ada satu fakta yang ramai tak tahu ialah, kolagen bukan sahaj ada pada kulit tapi hampir setiap tisu badan yang mengandungi tisu sambungan (connective tissue) dan setiap tisu mempunyai jenis kolagen berbeza mengikut fungsinya. Sehingga kini, saintis telah mengenalpasti sehingga 28 jenis kolagen dan dan 5 daripadanya adalah yang paling utama dalam badan, iaitu Jenis 1-5.

Jenis 1
Mewakili 90% daripada jumlah kesemua kolagen .
Terdapat dalam tulang, tendon dan kulit.

Jenis 2
Terdapat dalam rawan sendi

Jenis 3
Terdapat dalam tisu sambungan

Jenis 4
Penting untuk binaan asas membran sel

Jenis 5
Terdapat pada permukaan sel, rambut dan uri.

Kelima-lima jenis kolagen yang terdapat pada bahagian tubuh yang dinyatakan penting untuk menjadikan fungsi organ tersebut kekal normal dan baik. Namun, dengan peningkatan usia dan pendedahan kepada radikal bebas, kolagen ini terdedah kepada kerosakan.

Jadi, tak hairanlah jika sakit sendi, sakit badan, kulit kusam malah osteoporosis akan berlaku. Tapi yang biasa kita nampak, tentulah kesannya kepada kulit. Jadi, masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan suplemen kolagen daripada luar.

Produk kolagen biasanya diproses daripada kulit mamalia atau sisik ikan. Sumber daripada sisik ikan lebih menjadi pilihan kerana lebih mudah diestrak dan proses penghasilannya tidak begitu rumit berbanding haiwan mamalia kerana turut melibatkan soal halal.

Kolagen sisik ikan diekstrak daripada sisik ikan laut atau air tawar. Namun begitu ikan laut dalam menjadi pilihan kerana bebas daripada pencemaran dan tahan lasak kerana boleh bertahan dalam tekanan tinggi.

Dos pengambilan sehari untuk menggantikan kolagen dalam badan dan membaiki kerosakan sel adalah antara 5000mg hingga 10,000mg sehari. Malah ada yang mengambil lebih bergantung kepada keperluan. Namun, kolagen yang berlebihan akan dibuang melalui air kencing kerana kolagen adalah bahan larut air.

Di Malaysia memang banyak sangat produk kolagen di pasaran dan dikeluarkan oleh orang Malaysia sendiri. Tapi, anda mesti tertanya-tanya apa produk kolagen yang terbaik untuk kegunaan wanita Asia. Kolagen yang menjadi pilihan saya ialah:

Kolagen Powder Shaklee

1.Dikaji secara khusus untuk kesesuaian wanita Asia. Satu-satunya kolagen di Malaysia yang dibuktikan keberkesanannya melalui kajian klinikal. Shaklee malah menjamin struktur kulit akan berubah lebih baik sebanyak 71% dalam 8 minggu.

2.Mempunyai berat molekular yang rendah yang memudahkan penyerapannya, iaitu hanya kira-kira 1000 Dalton sahaja.

3.Diekstrak daripada bahan semulajadi, termasuk :

  • Sisik ikan merah – Sumber kolagen premium dengan kadar penyerapan yang lebih tinggi berbanding kolagen haiwan lain. Ikan merah juga adalah ikan laut dalam yang tahan tekanan tinggi dan bebas pencemaran.
  • Ekstrak biji Camelia japonica – Mengandungi antikoksida semulajadi yang mampu mengurangkan tindakan tindakan radikal bebas kepada kulit. Terdiri daripada asid oleic, emolien dan isoflavon yang merupakan agen pelembap kulit yang hebat.
  • Ekstrak Pfaffia (ginseng Brazil) – Membantu penghasilan kolagen dan asdi hyaluronik yang memerangkap kelembapan dan menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Bila bergabung dengan biji Camelia japonica memang ohsem la.
  • Ekstrak kekerang – Membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan daripada mata yang tidak selesa.
  • Lactobacillus acidopphilus – Merupakan bakteria baik atapun probiotik yang membina usus yang sihat dan mengimbang mikroflora usus bagi meningkatkan penyerapan kolagen.
Kajian dilakukan untuk menjamin kolagen Shaklee benar-benar berkesan

4.Kolagen Shaklee adalah dalam bentuk serbuk yang mudah larut. Setiap kotak mengandungi 15 sachet dengan 15mg serbuk kolagen.

5.Untuk kesan yang optimum, dicadangkan mengambil 1 sachet setiap hari. Jadi untuk 1 kotak, penggunaannya ialah untuk 15 hari. Kalau nak guna sebulan, boleh ambil selang sehari.

6.Sebaiknya diminum pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit dengan perut kosong untuk penyerapan lebih baik.

7.Boleh dibancuh dengan air masak atau jus kegemaran anda, tetapi bukan minuman berkafein atau minuman panas. Kegemaran saya tentulah kolagen dengan ESP.

8.Harga kolagen Shaklee adalah sangat berpatutan dengan kualitinya. Produk ini dijamin berkesan, halal dan selamat. Harganya ialah RM 238 sekotak. Mahal ke? Sebenarnya setara dengan kualiti. Sumber ikan laut sukar untuk diperoleh dan kualitinya sentiasa dijaga dalam proses penghasilan. Lagipun, ada yang sudah rasa kesannya dalam 5 hari sahaja.

Kalau nak dapatkan kolagen terbaik untuk wanita Asia ini boleh whatsapp saya di
012 621 1883.

Tak lama lagi nak raya dah, mesti kebabommm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *