5 Panduan Hilangkan Jerawat Dari Dapur Sahaja

5 Panduan Hilangkan Jerawat Dari Dapur Sahaja

Anda dah baca tak entry saya sebelum ini mengenai cara
menghilangkan lingkaran gelap bawah mata? Kalau belum, boleh baca cepat-cepat
artikel hilangkan lingkaran gelap bawah mata tu sebab tips yang saya kongsisangatlah simple dan murah. Lepas itu bolehlah tampil lebih anggun tanpa matapanda.

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi tips tradisional untuk
mengubat jerawat. Apa lagi pengacau yang ada pada muka seseorang wanita yang
menghalang keanggunan kalau bukan jerawat? Naik jerawat sebiji pun dah riuh
sekampung, apa lagi kalau muka memang mesra jerawat.
Jadi, kali ini saya bawakan 5 tips yang cukup senang, dan
sudah tentu murah untuk menghilangkan jerawat. Boleh pilih mana satu yang awak
suka. Kalau ada tips-tips lain, boleh kongsi-kongsi kat sini ye.

Tepung sagu

Tepung sagu amat sesuai jika jerawat awak adalah kecil-kecil
dan merah. Orang kata jerawat pasir.
Caranya ialah, ambil sedikit tepung sagu, campur dengan
bedak sejuk dan bancuh dengan air suam. Lepas tu awak boleh sapukan pada muka
yang ditumbuhi jerawat.
Cuba lakukan setiap malam selama lebih kurang semiggu dan
awak akan lihat hasil yang memberi kepuasan.

Daun teh

Caranya ialah dengan memasukkan daun teh ke dalam air yang
mendidih. Apabila wapnya sudah keluar, kenakan wajah yang berjerawat kepada wap
tadi.
Lakukan 1-2 kali sehari sehingga jerawat awak sembuh.
Ingat ye, daun teh tau. Bukannya serbuk teh. Kena pakat
kutip daun teh di Cameron Highland.


Bedak  batu

bedak batu hilangkan jerawat
Bagi yang tak tahu, inilah rupa bedak batu.

Caranya ialah basuh muka dengan air suam. Selepas muka
dikeringkan, sapulah bedak batu pada muka awak setiap malam. Esoknya, basuh dengan air bersih dan keringkan.
Lakukan langkah di atas sehingga jerawat hilang.

Bawang putih

Bawang putih adalah sesuai untuk jerawat batu.
Ambil seulas bawang putih, bersihkan dan titik sedikit. Kemudian sapukan pada jerawat yang baru tumbuh. Awak akan dapati jerawat batu awak akan segera hilang.

Pucuk jambu

Pucuk jambu boleh mengelakkan jerawat yang naik meninggalkan kesan parut yang bisa mencacatkan wajah.
Caranya ialah dengan mengambil segenggam pucuk jambu, basuh dan buangkan urat ditengahnya. Tumbuk daun jambu itu dan campurkan dengan sedikit bedak sejuk. Tempekkan ke muka sehingga kering. Apabila kering, bilas dengan air suam.
Sebaiknya diamalkan setiap malam. Awak akan dapati bukan sahaja jerawat yang hilang, malah kesan parut juga turut tiada.  

Sekarang semua orang boleh kelihatan anggun

4 thoughts on “5 Panduan Hilangkan Jerawat Dari Dapur Sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *