Tips Cerahkan Kulit Muka Dengan Cepat Dan Selamat
Tips Cerahkan Kulit Muka Dengan Cepat Dan Selamat
Nak buat bisnes memang tak senang, nak buka mulut cerita kat orang pasal bisnes kita pun bukan mudah. Jadi, apa yang saya buat ialah saya bawa beg Shaklee pergi tempat kerja. Salah seorang rakan tempat kerja nampak, terus dia tanya adakah saja ejen Shaklee. Memang berbunga-bunga lah kan?
Akhirnya dia nak oder vitamin C kerana sebelum ini dia ada makan vitamin C jenama lain. Katanya nak cuba Shaklee pula. Kawan saya tu memang dah cerah kulit dia, memang dah putih pun. Tapi katanya, nak makan vitamin C untuk cerahkan kulit. Tak tau lah nak cerah macammana lagi.
2 minggu lepas tu, kalau tak silap, ragu-ragu juga saya tanya dia ada perubahan tak lepas makan vitamin C Shaklee. Agak lama dia berfikir, akhirnya dia cakap, “Macam tak ada, tapi saya rasa kulit lengan saya makin putih..”
Apa?
Kalau orang tu dah putih, tapi boleh cakap dia makin lagi putih. Maknanya menjadilah tu.
Cerahkan kulit muka dengan cepat dan sihat |
Sebenarnya vitamin C untuk mencerahkan kulit bukan lagi rahsia, semua orang pun tahu. Cuma ada cara pengambilan untuk menjadikannya lebih berkesan. Tapi, minta maaf saya hanya kongsi rahsia dengan orang yang beli daripada saya saja.
Tak apa, biar saya cerita dulu tentang vitamin C Shaklee yang gempak dan best sangat ni. Vitamin C Shaklee dicipta secara ‘sustained-released’. Maksudnya dia akan dibebaskan untuk kegunaan badan bila diperlukan.
Teknologi inilah yang mencerahkan kulit awak-awak semua. Vitamin C Shaklee ada 500mg, setiap 100mg akan dibebaskan setiap 1 jam, Maknanya vitamin ni akan berada dalam badan selama 5 jam. Sebab itu vitamin C Shaklee kekal lama.
Vitamin C ni berbeza sangat dengan produk lain kerana ia akan diserap dan digunakan sepenuhnya. Jadi, tak adalah yang akan dibazirkan melalui air kencing. Sebab vitamin C ialah vitamin larut air, jadi kalau ada yang tak diguna dia akan dibuang.
Antara fungsi vitamin C yang membantu untuk mencerahkan kulit awak ialah:
- Meningkatkan penghasilan kolagen
- Memudarkan jerawat
- Menguatkan sistem imun dan menghalang jangkitan bakteria pada kulit
- Sebagai antioksida yang melawan radikal bebas yang merosakkan kulit
- Mengelakkan penghasilan jeragat