Kesan Suntikan Vitamin C Untuk Kecantikan, Tapi Kenapa KKM Melarang?

Kesan Suntikan Vitamin C Untuk Kecantikan, Tapi Kenapa KKM Melarang?

Macam cantik je, macam comel je…..

Memang menjadi lumrah setiap manusia, terutamanya wanita inginkan kulit yang licin dan gebu. Yang mengejutkan, ramai wanita yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai impian tersebut, termasuklah menyuntik bahan-bahan yang dipercayai boleh mempercepat proses kecantikan. Antaranya ialah vitamin C.

Suntikan vitamin C memang semakin meningkat naik, namun yang menjadi masalah suntikan ini tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan, malah pegawai perubatan kerajaan tidak dibenarkan untuk memberikan suntikan.

Saya rasalah, kalau ada permintaan, sudah tentu ada pihak yang dengan relanya menawarkan perkhidmatan, sama ada di klinik-klinik swasta, pusat-pusat kecantikan, malah saya sangat terkejut apabila vitamin C ini dijual secara online. Jadi, siapa lagi yang menyuntiknya kalau bukan diri sendiri atau kawan-kawan yang mungkin tidak pernah belajar bagaimana untuk memberikan suntikan yang betul dan selamat.

Vitamin C dalam dos yang besar dikatakan boleh membantu pesakit 

Vitamin C dan suntikan

Mengapa suntikan vitamin C dipercayai boleh membantu dalam kecantikan? Vitamin C adalah salah satu vitamin larut air dan terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan. Vitamin C mempunyai fungsi antioksida untuk melawan tindakan bebas dan merangsang penghasilan kolagen walaupun tidak diketahui mekanisme sebenar.

Selain itu, vitamin C juga adalah zat penting yang membantu tumbesaran badan dan kesihatan gusi dan tulang serta proses penyembuhan luka.

Ujian klinikal terhadap suntikan vitamin C

1. Suntikan vitamin C sebenarnya diberi untuk merawat penyakit skurvi, iaitu kekurangan vitamin C yang menyebabkan gusi berdarah. Menurut kajian yang dijalankan Jabatan Penilaian Teknologi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (MahTAS), tiada bukti kukuh yang menunjukkan suntikan vitamin C berkesan terhadap kecantikan kulit. Baik untuk tujuan awet muda, cegah kedut dan pemutihan, suntikan vitamin C belum benar-benar dibuktikan keberkesanannya untuk kecantikan.

2. Dari segi keselamatan, Biro Kawalan Farmasi Kebangsaan (NPBC) tidak membenarkan sebarang bentuk suntikan vitamin C untuk tujuan kosmetik. Di Amerika Syarikat, USFDA juga tidak mengiktiraf suntikan vitamin C sebagai anti penuaan, anti kedut atau pemutih kulit.

Kesan sampingan yang perlu difikirkan

1. Pendarahan pada tempat yang disuntik atau risiko tersalah cucuk.

Untuk suntikan dalam saluran darah, vena pada bahagian antecubital fossa, iaitu pelipat siku ataupun salur darah pada bahagian kura-kura tangan kerana venanya hanya di bawah kulit dan nampak ketara. Namun, jika tidak disuntik dengan betul, risiko pendarahan dan dan darah beku (thrombosis) dalam saluran darah jika pendarahan tidak dihentikan dengan betul dan boleh menganggu perjalanan darah.

Untuk suntikan ke dalam salur darah, saya lebih suka untuk menyuntik salur darah pada kura-kura tangan kerana jauh daripada arteri (salur darah yang membawa oksigen) kerana jika tersalah cucuk ke dalam arteri, pendarahan sukar dihentikan dan jika darah beku terjadi, ia boleh dibawa bersama ke dalam saluran darah dan menganggu pengaliran darah juga.

2. Salur darah menjadi keras

Setiap kali salur darah dicucuk, sebenarnya proses itu melukakan salur darah tersebut dan menyebabkan parut. Parut ni kita tahulah kan, adalah satu tisu yang keras. Jadi, jika terlalu banyak dicucuk pada tempat sama, salur darah boleh menjadi keras dan susah untuk disuntik.

3. Jangkitan pada kulit dan salur darah

Pada kulit kita memang terdapat banyak kuman. Jika kawasan untuk disuntik tidak dibersihkan dengan betul, risiko untuk kuman masuk ke dalam salur darah adalah tinggi dan boleh menyebabkan jangkitan pada kulit.

4. Air embolism (embolism angin)

Kalau nak suntik pun, pastikan dapat suntikan daripada orang yang tahu asas menyuntik kerana kebiasannya, branula ataupun jarum yang dipanggil ‘butterfly’ digunakan untuk menyuntik dalam saluran darah. Jarum ini mempunyai ruang kosong yang lebih panjang yang diisi dengan udara.

Jika udara tidak disingkirkan sebelum menyuntik vitamin C ke dalam darah, risiko udara itu akan masuk ke dalam saluran darah. Oleh kerana udara tidak larut dalam darah, maka ia boleh menghalang kelancaran perjalanan darah.

Sebenarnya dalam kes ini, risiko ini sangat rendah kerana kalau udara masuk pun sikit saja,l dan akan bercampur dengan udara lain dalam paru-paru.

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, tolak picagari sehingga terkeluar sedikit cecair vitamin C itu. Membazir sikit tak apala, asalkan nyawa terjaga.

KKM telah memberi amaran bahawa suntikan vitamin C tidak diiktiraf

Kesimpulannya, dalam hal suntik-menyuntik vitamin C ini, sains belum membuktikan keberkesannya, namun hanya orang yang pernah menggunakan tahu kesannya terhadap diri mereka. Namun, Islam melarang perbuatan yang sia-sia lebih-lebih lagi yang mempunyai risiko untuk memudaratkan diri. Jadi, sehingga suntikan ini dibuktikan berkesan, apa kata kita jauhi dulu dan gunakan cara yang lebih selamat dan tanpa risiko.

Kalau nak kulit yang cantik dan sihat dengan selamat dan tanpa kesan sampingan, anda boleh hubungi saya. In sha Allah, kita sama-sama bincang dan cari penyelesaian terbaik sebab saya pun nak cantik macam anda juga. Fyda (012 621 1883)

3 Comments

  1. tak gemar ambil suntikan vitamin c.

    biasa makan buah oren je.

  2. Untuk servis suntikan vit c n whitening di terengganu boleh pm atau whassap 0139947618.

  3. Isy menakutkan ya risiko suntikan vitamin c ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *