kurangkan sakit endometriosis

Makanan Untuk Bantu Kawal Endometriosis

Endometriosis ialah masalah wanita yang biasa, tapi jarang diperkatakan. Endometriosis ni sangat menyakitkan sehingga wanita-wanita ini terpaksa makan ubat tahan sakit seperti makan gula-gula. Simptomnya sangat luas – ada yang ringan dan ada yang sangat teruk.

Antara simptom endometriosis ialah:

  • Sakit senggugut yang berlebihan
  • Pendarahan antara haid
  • Sakit di bahagian bawah abdomen
  • Pendarahan dari tempat lain semasa haid

Bagi wanita yang disahkan menghidap endometriosis, tentu keadaan ini amat memberi tekanan. Namun, ramai yang tak tahu gaya hidup anda sangat mempengaruhi keterukan endometriosis. Sebab tu, sangat penting untuk anda mencari dan mengikuti pemakanan untuk endometriosis.

Dalam artikel ni, saya akan berkongsi makanan yang anda boleh makan dan tak boleh makan jika menghidap endometriosis.

Nak Dapatkan Suplimen Untuk Endometriosis anda, boleh klik sini

Apakah Punca Endometriosis?

Penyebab sebenar endometriosis masih menjadi tanda tanya. Namun, ada beberapa teori untuk menerangkan keadaan ini.

1. Darah haid berpatah balik (retrograde menstruation)

Cuba anda tengok gambar rahim di bawah ni. Pada hujung tiup fallopian tu, hujungnya terbuka. Comel sangat untuk bayangkan bila telur wanita atau ovum dihasilkan oleh ovari, telur itu akan melompat ke pintu tiub fallopian tu.

Jadi, teori ini mengatakan bahawa darah haid boleh berpatah balik ke tiub fallopian dan masuk ke dalam ruang abdomen. Darah yang turut mengandungi sel endometrium ini akan melekat organ atau dinding pelvik dan tumbuh di sana. Sel endometrium ini juga sensitif kepada hormon dalam kitaran haid.

2. Induction teori

Teori ini mengatakan bahawa kemungkinan hormon dan imun menggalakkan pertukaran sel dalam badan wanita kepada sel endometrium. Ada yang percaya bahawa hormon estrogen menggalakkan proses ini semasa wanita itu baligh. Ada juga yang percaya bahawa sel ini dibawa oleh salur limfa.

Klik sini untuk set endometriosis Shakleehttp://www.wasap.my/60126211883/setendometriosis

Kaitan Antara Endometriosis Dan Makanan

Pemilihan makanan harian anda boleh mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan endometriosis dan juga simptom. Senarai di bawah ini ialah makanan yang mengurangkan simptom dan perkembangan endometriosis. Selagi boleh, amalkanlah makanan dalam senarai ini.

1. Sayur-sayuran berdaun hijau

Sayur-sayuran hijau ni contohnya bayam dan sawi mempunyai anti-keradangan yang tinggi. Makanan yang tinggi antioksida dan anti radang boleh membantu untuk mengawal endometriosis.

2. Makanan kaya dengan zat besi

Untuk wanita yang darah haid lebat setiap bulan, maka zat besi adalah keperluan. Namun, masalah dengan zat besi dalam makanan ialah sukar untuk diserap. Sebab itu sangat sangat mencadangkan setiap wanita yang ada haid mengambil multivitamin yang mengandungi zat besi.

Klik di sini untuk tengok apa multivitamin yang saya makan.

3. Asid lemak omega-3

Omega-3 juga merupakan anti-radang yang berkuasa. Omega-3 ni boleh mengurangkan keradangan dan kesakitan akibat endometriosis. Elakkan lemak trans dan lemak tepu. Makanan yang mengandungi omega-3 termasuklah ikan salmon atau ikan berlemak yang lain, kekacang dan minyak zaitun.

Klik ini untuk tengok apa omega-3 yang saya dan keluarga saya sukai.

4. Makanan berserat

Serat menjaga kesihatan sistem penghadaman dan membantu untuk membuang estrogen berlebihan. Makanan yang kaya serat ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.

5. Makanan yang kaya antioksida

Makanan yang kaya antioksida ni bantu kurangkan tekanan oksidatif dalam badan, sekaligus mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas dan mengurangkan simptom endometriosis. Makanan yang tinggi antioksida termasuklah anggur, buah-buah beri dan sayuran hijau.

Anda nak tahu buah anggur yang sangat tinggi antioksida? Boleh klik kat sini.

6. Teh hijau

Teh hijau juga sangat terkenal sebagai agen antioksida, membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan. Bahan yang dipanggil EGCG yang ditemukan dalam teh hijau boleh menghadkan pertumbuhan sel endometrium dan membantu kurangkan simptom endometriosis.

Anda nak tahu apa teh hijau yang saya sangat suka? Klik link ini yaa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *