toksin punca sukar turun berat

Toksin Disimpan Dalam Lemak, Sebab Tu Sukar Turun Berat

Kalau anda disahkan menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, jarang anda dapat nasihat pasal sesuatu benda ni, iaitu toksin.

Para pengkaji menemukan bahawa toksin daripada persekitaran yang masuk ke dalam badan kita melalui makanan atau produk yang kita gunakan di rumah mungkin menjadi salah 1 punca pengumpukan lemak pada badan. Selain daripada kerintangan hormon insulin dan hormon leptin.

Badan manusia dicipta untuk membuang toksin dan bahan yang diperlukan oleh badan secara berterusan melalui sistem detoks. Tapi, jika sistem ini, termasuk sistem penghadaman, hati dan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, maka toksin ini ada meresap dalam sel lemak dan boleh kekal dalam badan untuk tempoh yang lama.

Secara tak langsung, kalau nak buang lemak-lemak kat melekat kat badan, toksin ni perlu dibuang.

Soalnya, macammana nak buang toksin ni?

Pertama, kena faham dulu kenapa badan menyimpan toksin dalam sel lemak apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini.

Kenapa Toksin Disimpan Dalam Asid Lemak

Pada tahun 1980, Enviromental Protection Agency (EPA) menjalankan 1 program yang dipanggil National Human Adipose Tissue Survey (NHATS).

Mereka menemukan semua sampel lemak manusia dikesan tedapat 4 jenis bahan kimia industri dan 1 dioxin. 9 bahan kimia lain dan 3 lagi dioxin lain ditemukan dalam lebih 90% sampal lemak dan 83% sampel lemak mengandungi PCB.

Untuk pengetahun anda, dioxin ialah kumpulan bahan kimia toksik termasuklah klorin dibenzo-p-dioxins (CCDs), klorin dibenzofurans (CDFs) dan poliklorin biphenyls (PCBs). Bahan kimia ini dihasilkan melalui pembakaran bahan buangan, pembakaran hutan, penggunaan peluntur klorin dalam penghasilan kertas, asap rokok dan penggunaan racun rumpai.

Bahan-bahan toksik ini mungkin boleh masuk dalam air paip yang dibekalkan ke rumah-rumah kita.

Ada 2 jenis toksin yang boleh masuk dalam badan kita:

  1. Toksin larut air : Boleh dibuang dengan mudah melalui air kencing, darah dan paru-paru.
  2. Toksin larut lemak : Sebelum dibuang dari badan, hati perlu menukarkan kepada bahan yang larut air.

Toksin yang larut lemak termasuklah logam berat, pencemaran udara, racun serangga, plastik, pengawet makanan dan bahan-bahan kimia yang ada di sekitar kita.

Jika organ detoks kita – seperti hati, buah pinggang dan sistem penghadaman tidak berfungsi dengan baik, jadi toksin larut lemak ini akan kekal dalam badan untuk tempoh bertahun-tahun lamanya.

Bagaimana Hati Membuang Toksin Daripada Badan

Hati yang sihat dan berfungsi dengan baik menghasilkan cecair hempedu yang disimpan dalam pundi hempedu. Cecair hempedu ini akan digunakan untuk menghadam makanan berlemak. Cecair hempedu juga berfungsi untuk membuang sel darah merah yang sudah tua dan toksin tertentu dalam badan.

Semasa makan, kedua-dua toksin larut air dan larut lemak akan masuk ke dalam usus kecil. Pada dinding usus kecil, terdapat berjuta-juta struktur seperti jari yang dipanggil villi. Villi akan membantu penyerap zat makanan, memecahkan lemak dan menghantar toksin larut lemak ke hati untuk diproses kepada bahan yang tidak berbahaya.

Jika proses ini terganggu, maka toksin itu akan kekal dalam badan.

Tisu Limfa Dalam Usus

Tisu limfa dalam usus membentuk 1 jaringan yang penting untuk menyerap nutrisi dan toksin yang larut lemak. Nutrisi masakan atau lemak yang baik digunakan untuk membuat tenaga, kolesterol, hormon dan sel otak sementara toksin larut lemak diproses untuk dibuang.

Jikalau saluran limfa ini tersekat, mungkin sebab terlalu banyak toksin, jadi proses penyingkiran toksin tak berlaku dengan baik, toksin itu akan masuk ke dalam saluran darah dan kekal dalam badan untuk bertahun-tahun lamanya.

Toksin ini bukan sahaja berisiko merosakkan sel, tapi mengganggu metabolisme badan dan akhirnya menjurus kepada kenaikan berat badan.

Tanda-tanda salur limfa tersumbat:

  • Kembung perut
  • Alergi atau alahan
  • Berlebihan lemak pada bahagian perut
  • Kulit sensitif atau kegatalan
  • Kekakuan sendi
  • Tangan dan kaki sembap
  • Masalah perkaitan pembuangan – sembelit atau cirit-birit
  • Sakit kepala

Selain daripada itu, toksin ini juga menjejaskan kebolehan badan untuk mengawal gula dan metabolisma kolesterol. Lama-lama akan menyebabkan kerintangan insulin dan akhirnya risiko kencing manis.

Untuk memastikan kesihatan pada tahap optimum dan terbaik, toksin ini perlu dibuang daripada badan kita.

Bagaimana Nak Buang Toksin Dalam Lemak

Anda boleh cuba cara yang saya akan senaraikan di bawah ni:

1. Detoks

Bila sebut detoks ni, mungkin bunyinya macam menakutkan, tapi sebenarnya tak menakutkan pun. Badan kita memang menjalankan proses detoks secara semulajadi. Jadi, sokonglah sistem detoks supaya dapat menjalankan proses detoksifikasi dengan lancar.

Terutamanya hati dan usus.

Supplement yang anda boleh ambil untuk menguatkan hati ialah milk thistle dan akar dandelion. Jika hati tak didetoks, berlaku kesesakan dalam hati dan lambatlah hati nak buat kerja mendetoksi.

2. Makanan yang sihat dan seimbang

Antara cara toksin masuk dalam badan kita ialah melalui makanan. Kalau boleh, pilih makanan yang organik sebab makanan organik ni toksin dia rendah berbanding yang bukan organik lah.

Selain daripada tu, banyakkan pengambilan serat dalam diet. Sebab serat juga membantu untuk mengeluarkan toksin dari badan.

3. Kawal berat badan dan kekalkan berat badan unggul

Aktifkan diri ialah cara yang hebat untuk mengelakkan pengumpulan toksin berlebihan dalam badan. Toksin juga boleh dikeluarkan melalui peluh. Kalau dapat buat sauna lagi bagus.

Semakin banyak anda bergerak, semakin aktif sistem limfa dan sistem jantung. So, jadi aktif ni bukan sahaja membantu buang toksin, tetapi boleh menjaga kesihatan dan awet muda.

4. Kawal stress

Stress ialah antara masalah utama penyebab keradangan dalam badan. Stress membebaskan hormon kortisol yang boleh mengganggu sistem penghadaman. Jika sistem penghadaman terganggu, maka proses buang toksin juga boleh terganggu.

Kenali apa penyebab stress anda dan buat sesuatu untuk mengawalnya.

Jom Detoks Cara Shaklee

Testimoni Daripada pengguna yang puas hati

Senangnya turunkan berat. Jom hubungi Fyda dengan klik sini.

HUBUNGI SAYA SEKARANG, UNTUK DAPATKAN VITAMIN COQ10 ANDA

Wasap : Fyda Noh wasap

Fb: Fyda Noh

TIKTOK: https://www.tiktok.com/@fydanoh

Coach Hormon Wanita

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG  DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI

“Berminat join komuniti kami yang menjana pendapatan 3-4-5-6 angka sebulan? Berdaftarlah sebagai ahli Shaklee dan anda mampu menjana pendapatan lumaatan dan nikmati faedah lain dengan hanya RM35.

Pengedar seluruh negara dialu-alukan untuk bersama group ekslusif kami dan berjaya bersama team iReach

#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #projekblogmega #bloggingnextlevel

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *