vitamin dan supplements semulajadi untuk naikkan darah merah dan hb ibu mengandung

7 Punca Anemia, Kurang Darah Merah Dan Hb Rendah Dan Bagaimana Atasinya

Anemia ialah antara masalah kesihatan yang popukar dikalangan wanita mengandung. Ramai yang ingat anemia ni hanya berlaku kepada ibu mengandung sebab nak penuhi keperluan bayi. Tapi, sebenarnya anemia ni boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Anemia ni ada banyak punca, namun punca yang paling utama ialah kekurangan zat besi dan inilah juga yang biasanya berlaku kepada ibu mengandung. Anemia ibu mengandung ni boleh berlaku pada bila-bila masa mengandung. Ada yang baru booking dah anemia, ada yang makin lama Hb makin menurun.

Antara bahaya kurang Hb ni ialah ibu ada risiko tumpah darah bila bersalin. Sebab tu bila ada ibu mengandung yang Hb dia turun, doktor pun pening kepala nak naikkan Hb. Tukar ubat itu, ubat ini. Suruh ibu makan sayur hijau, makan hati, makan kerang. Tapi, Hb ni malu-malu juga nak naik. Bila ibu dah dekat nak bersalin, tapi Hb masih rendah, mungkin kena cucuk jarum untuk masukkan ubat.

Yang paling bagus untuk elakkan anemia masa mengandung ialah sebelum mengandung lagi, iaitu bila ibu rancang untuk mengandung, lebih baik jika boleh buat pemeriksaan kesihatan dulu untuk pastikan badan ibu dah bersedia untuk menerima kehadiran bayi. Kalau boleh kesan anemia awal-awal, tindakan awal boleh diambil dan bolehlah anemia masa mengandung dielakkan.

7 Punca Orang Sekarang Banyak Kekurangan Hemoglobin (Anemia)

  1. Kekurangan zat besi dalam makanan
  2. Talasemia atau pembawa talasemia
  3. Kerap ambil ubat tahan sakit
  4. Pendarahan haid lebat (heavy period)
  5. Radang usus (IBD)
  6. Ulser perut/usus
  7. Penyakit buah pinggang

Bagaimana Nak Merawat Masalah Kurang Darah Dan Hb Rendah Ini?

Senang je, jumpa lah doktor untuk disiasat punca dan doktor akan merawat mengikut keadaan anda. Namun, doktor juga mungkin akan bekalkan tablet zat besi.

Tapi, bila dah makan zat besi tu, lain pula kesan sampingan zat besi tu, iaitu

  1. Loya dan muntah
  2. Sakit perut
  3. Sembelit teruk
  4. Sakit kepala berdenyut-denyut
  5. Najis jadi warna hitam dan likat macam tar
  6. Gatal kulit
  7. Kembung dan angin

Kesan sampingan di atas terjadi bila zat besi yang diambil tidak diserap sepenuhnya seba zat besi ni memang antara zat yang sukar untuk diserap. Dahla zat besi kurang, bila dah makan vitamin zat besi, dapat pula kesan sampingan. Tambah stress pula kan?

Nak tau macammana saya handle kes macam ni? Sangat simple tapi tak ramai orang tahu. Ini memang pengalaman saya sendiri masa mengandungkan anak pertama. Masa tu saya dah kenal vitamin Shaklee tapi masih skeptikel dan rasa,

“Aku ni ok je. Tak perlu vitamin pun laa..”

Jadinya, saya tak makan sangat pun vitamin Shaklee ke, vitamin antenatal klinik bagi ke, memang tak makan sangat. Amboi, berlagak.

Bila kandungan dah masuk 35-36 minggu, tiba-tiba Hb drop pegi 9+. Doktor terus startkan Zincofer. Tapi, ya Allah tak tahan. Masuk mulut je, terus muntah. Tak tahan langsung. Pening, badan letih lepas makan Zincofer. Memang tak tahan langsung.

Tapi, masa tu memang agak tekanan nak naikkan Hb tu sebab dah masuk trimester ketiga. Maksudnya nak kena cepat-cepat naikkan Hb, kalau tak kena cucuk jarum pula untuk tambah zat besi. Serammm…

Saya nak kongsikan dengan ibu-ibu apa yang saya buat masa tu hingga Hb saya naik terus dalam masa 2 minggu dan bebas dari anemia masa mengandung.

Vitamin Untuk Naikkan Darah Merah Dan Supplements Naikkan Hb Semasa Hamil

Ibu mengandung perlu makan banyak makanan berkhasiat dan seimbang untuk naikkan Hb dan kekalkan Hb pada paras normal. Namun, masa mengandung, macam-macam perubahan berlaku, perubahan hormon, perubahan fisiologi yang menyebabkan ibu mengandung cepat letih, ibu hamil tak selera makan dan tak kurang ibu hamil yang loya dan muntah hingga ada yang terlalu teruk mengalami hyperemesis gravidarum yang menyukar ibu mengandung makan dengan elok semasa pregnant.

Lepas Hb dah drop, makan vitamin zat besi yang tinggi pun tak dapat, saya buat keputusan untuk ambil balik vitamin dan supplements semulajadi. Dalam 2 minggu sahaja, Hb naik balik dan tak ada pun muntah, selera makan tetap ok dan tak ada najis hitam masa mengandung.

Syukur sangat tak payah cucuk zat besi.

Segala multivitamin, vitamin B complex, vitamin C, kalsium, magnesium, omega 3 DHA dan protein saya ambil extra. Untuk pastikan cukup zat kepada diri sendiri dan bayi dalam kandungan.

Alhamdulillah, lepas tu Hb maintain saja. Sebelum bersalin Hb 11+. Dan urusan bersalin pun mudah walaupun anak sulung. Dalam jam 9 malam, sakit perut nak bersalin makin kuat dan dengan 2 kali push, lahirlah bayi comel waktu pagi dalam jam 2 pagi. Kebetulan pula malam tu ada solat hajat di stadium Sultan Muhammad IV sempena nak pilihanraya.

Syukur sangat sebab Allah bagi kenal dengan vitamin dan supplements semulajadi untuk tambah dan dan naikkan Hb semasa mengandung secara semulajadi. Alhamdulillah dapat mengandung dengan sihat, tiada keletihan atau kelesuan, in sha Allah bersalin pun mudah dan masa berpantang dan menyusu pun lanacar.

Tahun tu juga, lepas bersalin 2 bulan masuk bulan puasa. Alhamdulillah saya berpuasa penuh masa tu sambil menyusukan bayi sepenuhnya. Anda nak baca ke kalau saya kongsikan pengalaman menyusu bayi dalam pantang dan berpuasa?

#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *