Set Endometriosis Shaklee, Elak Ambil Ubat Tahan Sakit Berpanjangan

Kalau tanya mana-mana wanita yang dah datang haid, tentu pernah alami senggugut, walaupun sakit yang ringan. Alhamdulillah, saya pun setiap bulan ada juga sakit senggugut, tapi masih boleh tahan dan boleh buat kerja macam biasa.

Sakit senggugut ni berbeza untuk setiap wanita, tapi senggugut ni ialah taboo dalam masyarakat kita. Wanita tak berani nak bincangkans secara terbuka. Natijahnya, setiap bulan terpaksa menahan kesakitan sendirian atau terpaksa makan ubat tahan sakit setiap bulan.

Ada juga wanita yang mendapatkan nasihat dari segi perubatan kerana senggugut yang terlalu sakit, hingga terpaksa makan ubat tahan sakit macam makan gula-gula dan rupanya disahkan menghidap endometriosis.

Pengambilan ubat tahan sakit berpanjangan berisiko merosakkan organ termasuk buah pinggang

Apa pula endometriosis ni? Kenapa sakit sangat masa datang haid? Mari saya terangkan dengan cara yang mudah. Harap dapat memberi pencerahan kepada anda yang baca blog saya ni.

Tisu Endometrium Tumbuh Di Tempat Lain

Rahim wanita ni bentuk dia macam bekas container. Bahagian paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan endometrium ini lah yang sensitif kepada perubahan hormon dalam kitaran haid setiap bulan dan menebal bila paras estrogen meningkat. Progesteron pula mengekalkan ketebalan dinding endometrium. Bila persenyawaan tidak berlaku, progesteron akan menurun, dinding itu akan runtuh dan keluarlah darah haid.

Untuk kes endometriosis pula, lapisan endometrium ini tumbuh ditempat lain, selain daripada lapisan dalam rahim itu.

Macam mana tisu endometrium boleh tumbuh di luar kawasan?

Puncanya tak diketahui dengan jelas, tapi ada teori mengatakan bahan berlaku retrograde menstruarion iaitu berlaku pembalikan aliran darah haid ke tiub fallopio dan keluar ke ruangan pelvik. Bersama darah haid ini ada tisu endometrium yang akan melekat ke bahagian organ lain termasuk tiub fallopio sendiri, ovari, bahagian luar rahim, pundi kencing, usus dan tulang belakang.

Ada juga teori mengatakan bahawa tisu endometrium ini dibawa melalui saluran limfa jadi tisu ini boleh menempal lebih jauh, iaitu ke paru-paru. Sebab tu endometriosis juga dipanggil ketumbuhan kerana cara penyebarannya seperti sel kanser.

Beberapa kajian menyatakan bahawa wanita yang mengalami endometriosis sebenarnya mengalami masalah sistem imun yang rendah. Sistem imun sepatutnya melindungi badan kita dan merosakkan sel-sel yang tumbuh di luar kawasan, tapi bila imun tak cukup kuat, sel imun itu tak dapat buat kerja dengan efektif.

Apa yang pasti, pertumbuhan dan perkembangan tisu endometriosis ini dikaitkan dengan hormon estrogen yang berlebihan berbanding progesteron atau estrogen dominant. Ini bermakna berlakunya hormon tak stabil.

Tujuan Merawat Endometriosis

Rawatan perubatan atau pembedahan endometriosis bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi oleh penghidap endometriosis itu dan juga keinginan pesakit itu sendiri.

Tujuan rawatan diberikan ialah untuk:

  1. Mengurangkan kesakitan. Sebab itu orang yang ada endometriosis ni bila datang haid tu makan ubat tahan sakit macam makan gula-gula.
  2. Menghalang ketumbuhan daripada terus membesar atau berulang
  3. Mengekalkan kesuburan wanita yang tidak berupaya untuk hamil
  4. Menjamin fungsi sistem pembiakan untuk kehamilan seterusnya

Rawatan perubatan untuk endometriosis bertujuan untuk mengurangkan hormon estrogen dan progesteron yang merangsang pertumbuhan endometriosis. Ubat yang biasa digunakan ialah pil perancang, hormon progesteron dalam dos yang tinggi dan hormon tiruan lelaki seperti danazol.

Namun, penggunaan rawatan hormon ini perlukan pengawasan rapi kerana kesan sampingan dan mungkin tidak boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

Sementara rawatan pembedahan pula melibatkan pembuangan tisu endometriosis untuk wanita yang masih mahukan anak dan jika endometriosis terlalu teruk, pembedahan pembuangan rahim dan mungkin ovari perlu dilakukan untuk mengurangkan kesakitan selepas kaedah lain menemui jalan buntu.

Set Endometriosis Bukan Untuk Menggantikan Rawatan

Shaklee ialah jenama supplements dan pilihan supplements yang terbaik di Malaysia. Ramai yang salah faham supplements dan ubat. Supplements ni bukan ubat sebenarnya dan bukanlah untuk merawat penyakit, cuma supplements membekalkan vitamin dan mineral yang sepatutnya kita dapat daripada makanan, tapi zaman sekarang ni memang susah untuk dapatkan vitamin dan mineral yang cukup daripada makanan sahaja.

Apatah lagi zaman sekarang, kita terdedah dengan pelbagai benda yang merosakkan sel kita. Termasuklah telefon bimbit yang zaman sekarang ni pelik kalau orang tak ada handfon, pencemaran udara, stress dan pengambilan makanan tak berkhasiat. Semua ni boleh merosakkan sel dan meningkatkan risiko penyakit.

Sebab tu produk Shaklee ni sebenarnya bantu membaikpulih sel kita dan meningkatkan tahap kesihatan tubuh.

Vivix

Bagi saya lah kan, Vivix ni sepatutnya di ambil oleh semua wanita yang dah berusia 30 tahun dan ke atas walaupun tiada apa-apa penyakit. Vivix ialah produk yang mengandungi polifenol tumbuhan, termasuklah resveratrol yang sekarang hangat dikaji dalam bidang kesihatan.

Tapi, Vivix ni bukan ada resveratrol sahaja, malah kaya dengan polifenol lain dalam tumbuhan menjadikan Vivix 10 kali lebih power daripada produk yang mengandungi resveratrol sahaja.

Banyak kajian mengaitkan kejayaan sebatian resveratrol dalam menangani masalah berkaitan endometriosis. Antara manfaat resveratrol kepada wanita yang ada endometriosis ialah mengurangkan kesakitan dan ada juga yang berjaya hamil selepas amalkan supplements yang mengandungi resveratrol ini.

Kandungan antioksida yang tinggi membantu untuk membaikpulih sistem dalaman wanita.

Anda boleh buat bacaan tambahan ni di laman web ncbi dan endonews

Bolehlah saya simpulkan di sini, Vivix ni boleh jadi ikhtiar kepada wanita endometriosis untuk mengandung dan berbaloi untuk cuba disamping rawatan dari hospital atau sedang menunggu untuk pembedahan. Sekurang-kurangnya anda mencuba.

GLA Complex

Mungkin anda biasa dengan evening primrose oil untuk masalah hormon. Dalam EPO ada 1 bahan nama dia gamma-linolenic acid (GLA). GLA Complex Shaklee dibuat daripada minyak borage yang mengandungi kandungan GLA yang lebih tinggi.

Jadinya, GLA Complex lebih baik dalam membantu masalah hormon tak stabil.

B Complex

B Complex ni dia bantu dengan mengurangkan stress. Bila stress, keradangan makin tinggi dan radikal bebas makin tinggi.

Vitamin C

Vitamin C juga bertindak sebagai antioksida dan juga membantu untuk kuatkan imun.

Omega Guard

Omega Guard ialah minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3. Omega-3 selalunya dikaitkan dengan kesihatan otak dan jantung.

Namun, omega-3 yang bersifat antiradang boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan dan membantu untuk dalam kestabilan hormon.

Vita-Lea

Merupakan multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita, termasuklah zat besi. Zat besi sangat penting kepada wanita yang ada fibroid terutamanya yang mengalami masalah darah haid yang lebih setiap bulan.

Zat besi yang tak digantikan berisiko menyebabkan anemia.

Pengalaman Pengguna Vivix Yang Menghidap Endometriosis

Endometriosis dan sakit belakang berkurang selepas amalkan Vivix
Sakit endometriosis kurang selepas 2 hari minum Vivix
Sakit endometriosis kurang selepas amalkan OmegaGuard Shaklee

Bagaimana Nak Dapatkan Set Endometriosis Ini?

Anda hanya perlu hubungi saya sebab saya akan explain secara personal supaya nasihat yang saya bagi tu sesuai dengan situasi anda. Jangan bertangguh lagi sebab mungkin anda sampai ke blog fydanoh ni sebab Allah nak makbulkan doa anda yang mungkin dah lama berharap untuk kurangkan pengambilan ubat tahan sakit yang berisiko menyebabkan kesan sampingan termasuk rosak buah pinggang.

HUBUNGI SAYA SEKARANG, SAYA GUIDE AWAK

Wasap : Fyda Noh wasap

Fb: Fyda Noh

TIKTOK: https://www.tiktok.com/@fydanoh

Coach Hormon Wanita

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG  DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI

“Berminat join komuniti kami yang menjana pendapatan 3-4-5-6 angka sebulan? Berdaftarlah sebagai ahli Shaklee dan anda mampu menjana pendapatan lumaatan dan nikmati faedah lain dengan hanya RM35.

Pengedar seluruh negara dialu-alukan untuk bersama group ekslusif kami dan berjaya bersama team iReach

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *