tips hilangkan anxiety

Fikiran Runsing Boleh Menyebabkan Anxiety Dan Tekanan. 3 Amalan Yang Boleh Diamalkan

Alhamdulillah.. Allah jemput untuk bersama-sama dengan team iReach dalam program iReach retreat di rumah founder iReach di TTDI, KL. Masa mula-mula poster tu dikeluarkan, excited sangat nak pergi. Maklumlah mentor saya ni baru balik dari US. Dorang memang membawa amanat dari global conference yang mereka hadiri. Dan dah tentulah ada ole-ole dari US.

Tapi, dari awal bulan 8 ni saya memang sangat sibuk dengan urusan kerja. Minggu pertama dah sibuk dengan Hari Terbuka Klinik. Habis event pun sibuk lagi nak uruskan post-mortem dan nak catch-up balik kerja-kerja tergendala sebab sibuk dengan urusan hari terbuka.

Last-last rasa tak payahlah pergi. Dahla jauh, tiket kapal terbang mahal.

Hujung minggu lepas, mentor saya pujuk suruh datang. Serba-salah pula rasanya. Orang kata antara cara Allah nak bagi kebaikan kepada kita, Dia mudahkan jalan untuk pergi majlis ilmu. Majlis ilmu kan taman syurga di dunia.

Kalau duit buat anda runsing setiap hari, klik sini. Team iReach bantu anda

Sibuknya Sampai Tak Sempat Makan

Bila sampai rumah KL dalam jam 12 malam baru saya sedar, saya tak sentuh nasi pun hari ni. Dari pagi join baca yaseen di klinik, nasiblah sarapan dengan protein shakes yang mengenyangkan. Lepas tu sambung meeting sampai tengahari. Tengahari ambil anak, macam biasalah mesti shopping Jumaat. Balik rumah, solat tak sempat makan kena balik kerja dan sambung meeting.

Habis meeting dah masa nak pergi airport, kapal terbang lewat petang.

Esoknya, sambung program retreat iReach. Sampai tengahari. Rehat sekejap, dah nak balik Kota Kinabalu. Sibuk sangat.

Tapi, bila saya fikir balik, saya ialah orang yang hands-on. Maksudnya kena sentiasa buat kerja. Kalau tak ada buat kerja, mulalah datang macam-macam fikiran. Termenung, tak buat apa-apa. Macam malam masih muda. Sebab boleh.

Perlu berkumpul dengan orang sama kepala dengan kita untuk healing

Otak Kita Lebih Suka Benda Negatif

Perasan tak, dalam sehari kita pasti akan terfikir benda yang negatif. Bukan kita bermasalah sebenarnya, tapi itulah sifat otak manusia – lebih tertarik kepada benda-benda yang negatif. Kalau kita tak ajar otak kita untuk fikir yang positif, memang benda negatif jelah yang akan bermain-main dalam fikiran kita.

Secara semulajadi, kita mudah bersangka-sangka.

1. Encoded assumption

Ini ialah persangkaan buruk yang muncul dalam hati kita. Paling senang contohnya bila kita usaha nak dapatkan sesuatu, tapi tak dapat-dapat. Mula lah lemah semangat, rasa diri tak boleh. Ini tak boleh, itu tak boleh. Akhirnya tak percaya diri sendiri dan tak yakin potensi diri.

Orang yang ada sangka-sangka jenis ni mudah dapat anxiety. Sebab asyik fikir masa depan, tapi takut nak ambil tindakan. Runsing saja tentang masa depan, runsing tentang rezeki.

Last-last masa kita habis macam tu aje.

Saya nak kongsi 1 doa yang boleh kita sama-sama amalkan. Semoga dapat keluar daripada masalah ini.

Ya Allah, aku memang dalam kesusahan. Tapi aku nak keluar dari masalah ni. Aku yakin ada jalan keluar, aku tawakkal kepada-Mu.

Doa ni bagi kita semangat untuk buat sesuatu dan bukan duduk melayan perasan yang tak ada kesudahan.

2. Engagement assumption

Sangkaan yang kita dah tetapkan dalam otak kita. Kadang-kadang rules ni bagus juga tapi mungkin ada yang menyusahkan. Contohnya, dalam otak kita dah tetapkan,

Setiap kali anniversary, suami mesti kena bagi bunga. Kalau tak bagi bunga, maknanya tak sayang. Kadang-kadang kita penat, nak dihargai. Betul tak? Terutamanya suri rumah, mungkin burnout buat kerja rumah.

Tapi, janganlah bersangka-sangka burul. Habis masa juga duk fikir suami tak sayang. Itu kan sangkaan saja? Pastu merajuk. Tunggu-tunggu dipujuk tak kena pujuk, sebabnya suami pun tak faham.

Orang yang macam ni dia mudah depress atau mengalami tekanan. Sebab kita letakkan expectation kepada orang lain. Sedangkan orang lain ada pendapat, ada kehidupan sendiri.

Jauhilah sangka-sangka, jangan beratkan otak kita dengan benda yang tidak membina, menarik potensi dan melemahkan kita.

Bagaimana Nak Atasi Masalah Sangka-Sangka Ni?

1. Fahami laluan takdir setiap orang tak sama

Setiap orang ada perjalanan takdir sendiri. So, fokuskan pada hidup kita dan tak perlu fikir pasal orang lain hingga buat kita yang runsing.

2. Doa minta kebaikan di dunia dan akhirat, salin ni ya..

Doa ini sangat simple kan, tapi sangat dalam maksudnya.

Apa sahaja yang jadi kepada kita ialah kebaikan, in sha Allah.

3. Amalkan zikir Ya Ghafur Ya Syakur.

Ya Ghafur – membantu untuk lepaskan kita daripada perkara silam yang mengikat kita.

Ya Syakur – untuk melepaskan kita daripada kerunsingan di masa depan.

4. Boleh amalkan doa ni juga

Ya Allah, sibukkan aku dengan kebaikan sehingga aku lupakan kesedihan dan kerunsinganku.

Cara Nak Sibukkan Diri

Saya rasa syukur sangat dengan join bisnes Shaklee ni, saya sibukkan diri. Plan, jalankan plan dan nikmati hasil dari bisnes tu. Banyak yang boleh dibuat bila ada duit lebih. Nak infak pada orang tanpa perlu berkira, bagi duit lebih kat mak ayah, bawa keluarga travel.

Mungkin anda sampai ke blog saya ni sebab Allah nak bantu anda untuk gunakan masa dengan lebih teratur dan mencapai impian yang anda simpan dalam hati.

Hubungi saya sekarang dan saya kongsikan plan bisnes ini dengan anda.

HUBUNGI SAYA SEKARANG, DAN SAMA-SAMA CAPAI IMPIAN

Wasap : Fyda Noh wasap

Fb: Fyda Noh

TIKTOK: https://www.tiktok.com/@fydanoh

Coach Hormon Wanita

ATAU UNTUK BACA LEBIH LANJUT TENTANG  DAFTAR AHLI SHAKLEE DI SINI

“Berminat join komuniti kami yang menjana pendapatan 3-4-5-6 angka sebulan? Berdaftarlah sebagai ahli Shaklee dan anda mampu menjana pendapatan lumaatan dan nikmati faedah lain dengan hanya RM35.

Pengedar seluruh negara dialu-alukan untuk bersama group ekslusif kami dan berjaya bersama team iReach

#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #projekblogmega #bloggingnextlevel

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *